BAB 2 💎 CRYSTAL ACADEMIC

236 15 0
                                    

Ana Pov

Setibanya di pintu masuk ke Akademi si mangkuk jamban terus turun dari kereta kuda dan berlalu begitu sahaja tanpa mempedulikan kami di belakang. Yang tersisa hanya aku dan si Richard itu.

" Oke, jom Ana kita pergi ke ruangan Pengetua dahulu. Jangan pedulikan mamat senget tu." Kata Richard. Aku hanya terkekeh-kekeh ketawa. Haaa sesuai sangat gelaran itu untuk si mangkuk jamban.

Kami pun mengatur langkah menuju ke ruangan pengetua. Kalau nak tau jauh ke tak ruangan pengetua ni bayangkan sahaja korang lari sejauh 8000 meter. Gila... Jauh (gurau jak k). Pengetua ni larat ke turun naik tangga. Dah lah ruangan pengetua ni paling atas. Dah lenguh kaki aku naik.

" Jangan lupa pengetua kita tu boleh guna kuasa teleport dia kalau nak turun naik bangunan ni." Kata Richard tiba-tiba mengejutkan ku yang tak habis-habis mengomel dalam hati.

" Ehhh kau baca fikiran aku ke? Dasar gatal." Kata ku tidak puas hati. Suka suki jer dia nak baca fikiran orang.

" Aku tak sengaja lah. Sepa suruh diam jer dari tadi." Jawab Richard sambil tersengih kambing.🙄😂

"Huuu." Ana masih tidak puas hati dengan perbuatan Richard yang memandai jer baca fikirannya.

Akhirnya...kami pun sampai ke ruangan pengetua. Richard mengetuk pintu ruangan pengetua. Tok tok tok tok tok... Sebuah suara mengizinkan kami masuk.

" Ouhh Richard, ada apa?." Soal pengetua kepada Richard. Richard menarik ku ke hadapan yang dari tadi hanya menyorok di belakangnya.

" Ermmm... Grana Selvyra Azrywill." Kataku memperkenalkan diri kepada Pengetua.

" Jangan takut aku tak makan orang. Kita sama jer makan nasi." Senda Pengetua. Aku hanya ternganga dengan sikap pengetua. 'Mesra alam'. Desis ku dalam hati.

"Sebelum tu nama saya Keith Johnson pengetua Crystal Academic." Aku hanya mengangguk.

" So, saya terus boleh masuk kelas Ker?." Tanya ku. Tak sabar nya aku jumpa kawan baru.

" Hohohoo...esok kamu baru mula. Hari ini kau dan pelajar-pelajar tahap 1 yang lain akan diberikan masa untuk mengelilingi satu akademik ni untuk memudahkan kamu semua mengetahui bangunan-bangunan yang ada di akademik ni. Kamu akan di iringi oleh beberapa pelajar tahap 3 iaitu senior kalian." Terang pengetua. Sekali lagi kepala ku bagaikan burung belatuk hanya mengangguk dari tadi.

" Maknanya bukan saya sahaja pelajar baru di sekolah ini." Soal ku kembali. Banyak tanya pula aku kali ni😂

" Ya. Hari ini merupakan hari kemasukan pelajar-pelajar baru iaitu pelajar tahap 1. Yang mana berumur sekitar 14 hingga 16 tahun." Terang pengetua sekali lagi.

" Terima kasih atas penerangannya." Kata ku lalu tunduk sedikit.

" Ada apa-apa lagi yang ingin Cik Grana nak tanya?." Tanya pengetua pula.

" Tidak ada lagi." Jawab ku sambil menggelengkan kepala.

" Ermmm...sebelum itu ini kunci asrama untuk Cik Grana. Setiap bilik hanya dihuni oleh dua orang pelajar sahaja. Untuk Cik Grana bilik anda berada di lantai 3 dengan nombor pintu 233." Kata pengetua sambil menyerahkan kunci tersebut. Aku mengambil kunci itu.

" Terima kasih." Ucap ku. Aku dan Richard pun keluar dari ruangan pengetua. Namun sebelum keluar dari bilik itu aku sempat memberikan saranan kepada pengetua.

" Ermm... Sebelum tu lain kali pengetua buat ruangan pengetua bawah sikit ya. Kaki saya sakit tau naik atas. Dah lah paling atas bangunan ni ruangan pengetua." Kataku lalu keluar dari ruangan itu tanpa menunggu reaksi pengetua atas kata-kata ku itu.

The Destiny Of Vermont's AncestryWhere stories live. Discover now