Penumpang Di Muka Bumi

11 1 0
                                    

Bila tiba waktunya,
Dahan akan gugurkan daunnya.
Bila-bila sahaja jalan ceritanya akan berhenti di situ sahaja.
Sama ada sudah tamat waktunya,
Dihembus dek angin atau ribut,
Mahupun dipetik orang,
Jika tertulisnya begitu pengakhiran riwayatnya,
Begitu juga lah kesudahannya.
Tiada sesiapa yang mengetahui bila waktunya?
Di mana?

Sama seperti kita,manusia biasa yang hanya menumpang di muka bumi ini.
Jikalau ianya berlaku tanpa kamu relakan,
Kamu tetap juga harus merelakannya pergi dari muka bumi ini.

Tersirat HatiWhere stories live. Discover now