Hari semakin gelap, kelibat matahari sudah dilindung awan. Asya mula bimbang dengan keadaanya sekarang.
"Oii kereta! Kenapa sekarang kau nk buad hal. Aku nk balik kau tau tk. Tunggu satu hari nanti aku beli kereta baru! " bebel Asya seorang diri. Sia cuba menelefon Laila,ibu serta ayah tetapi tiada jawapan. Rakan-rakan lain juga cuba dihubungi tetapi hampa. Masa bergerak pantas. Sudah menunjukkan pukul 6 petang. Dia mula risau. Yang paling hairan mengapa tiada siapa berhenti untuk menolongnya.
" Assalamualaikum, cik ade masalah kereta ke? " suara garau yg datang dari belakangnya. Dia menoleh kebelakang dan mengukir senyuman.Dia bersyukur sekali apabila Mika datang menyelamatkanya pada saat begini. Mika atau nama sebenar Putra Mikael merupakan teman baik kepada Asya dan Sara dari dulu. Sewaktu masih sekolah mereka selalu meluangkan masa bersama."Mika! Nasib baik kau ade. Ni kereta aku merajuk plak. "
"Macam mana kereta boleh merajuk. Ni mesti kau ade maki dia kan. "
"Eh! Mana ade. Aku selalu sayang kereta ni. Ni kan hadiah dari abang. "
" Biar aku call makenik suruh diorang bawak kereta kau pergi bengkel. Nanti biar aku yang bayar.ok. Sekali sekala aku nk jugak tunjuk baik. Hehehehe... "
"macam-macam la kau ni. Tak pe la. Kau hanta aku balik tau. Thankyou. Malas nak amik grab. "
Asya berlari masuk ke kereta BMW milik Mika. Mika tergelak kecil dengan telatah Asya. Comel? Memang comel. Mika mahu saja memujinya tetapi takut gadis itu tahu isi hatinya. Dia mahu memendam perasaan itu hingga tiba masa yg sesuai untuk diluahkan.
Assalamualaikum! Asya melangkah masuk kerumah. Sua menaiki anak tangga satu persatu. Hari ini amat memenatkan baginya. Sudahnya dimarah bos ditempat kerja. Inikan pula kereta yg merajuk itu. Dia merebahkan badan di atas tilam empuk itu. Selang berapa minit dia telah terlena.
Sara membuka sedikit demi sedikit pintu bilik Asya.Dia beejalan perlahan menuju ke katil Asya. Dia merebahkan punggung di sebelah Asya. Rambut Asya yang berserabut dirapikan. Air mata mula gugur satu persatu."Sya...akak rindu sya yg dulu. Kenapa asya tidak percaya dengan kata-kata akak. Kenpa percaya kepada orang lain? Akak tk de niat untuk keluar dengan abang ketika itu. Dia yang ajak akak keluar. Akak tk tahu yang kemalangan ini akan berlaku. Akak tk de niat nk pergi ke tengah jalan masatu. Akak hanya mahu melintas Sya. Tetapi entah dari mana kereta itu datang. Akak terkaku kerana terkejut. Abang menolak akak ketepi biar dia dilanggar. Akak menjerit saat itu Sya. Darah di semua tempat. Akak takut. Abang ade pemintaan terakhir dari akak. Tapi akak tak dapat nk tunaikan permintaan itu. Akak kecewa Sya. "
Dia mengucup lembut dahi adiknya itu. Air mata dikesat beberapa kali. Dia bangun dari katil itu lalu keluar dari bilik.Mata Mula terbuka. Sepanjang Sara bercakap dengannya dia telah terjaga. Dia mendengar setiap satu apa yg Sara cakapkan. Air mata mula mengalir. Wajah abangnya terlintas di minda. Saat itu bahagia sekali. Dia dengan Sara seperti belangkas. Kemana mesti bersama. Setelah trajadi itu hubungan mereka berubah. Asya telah menyalahkan Sara dalam kematian abangnya. Dia menganggap Sara sebagai punca. Dia tidak mencari bukti atau apa-apa terlebih dahulu. Itulah Asya seorang yg keras kepala.
Di bangkit dari baring itu dan segera menyapai tuala yg tergantung bersebelahan almari. Dia membersihkan dirinya. Air yang sejuk itu menampar muka Asya. Terasa segar sekali. Dia keluar san mengenakan baju tidur kebadannya. Sia masih tidak boleh melupakan apa yg dikatakan Sara tadi. Masih terngiang ngiang di minda. Datang kembali kelibat Asyraf di matanya. Mata Asya berkaca .Kehilangan insan bergelar abang itu amat menyakitkan hati. Jika ditinggal beberapa hari, bulan atau tahun tidak mengapa tapi ini selamanya. Kerna ini Asya susah untuk memaafkan Sara.
Dia keluar dari bilik dan turun ie dapur. Mencari kelibat si ayah. Kelihatan ayahnya sedang membaca surat khabar sambil berborak dengan kakaknya Sara. Dia cuba untuk. Mencuri dengar apa yang mereka bualkan.
"Sara....Sara jangan la macam ni. Sara tak sayang ayah ke. ""Sara sayang ayah dengan ibu tapi ini yang terbaik untuk Asya. Sara harap ayah terima idea Sara ni. Sara pergi tak lama ayah 5 tahun paling kurang. Sara janji sara akan balik ayah. "
Mata Asya membulat. Dia terkejut dengan kata-kata kakaknya itu. Adakah betul yang kakaknya akan meninggalkannya. Entah kenapa rasa sedih. Bukankah dia benci benar dengan orang berna Asya Qaisara itu. Mengapa dia bersedih. Dia mengabaikan kata-kata itu. Dia menuju ke dapur untuk mencari ibunya. Ibunya seperti biasa mengadakan pesta di dapur. Sambil memasak sambil menyanyi. Asya tergelak kecil dengan kelakuan ibunya.
"ibu, daripada ibu menyanyi baik ibu bagi anak ibu ni makan. Kesian Asya lapar "
" Amboi anak dara ni.masak la sendiri. Asyik ibu je."
"Ala ibu Asya gurau je. "
"takut la tu. Sebab tk reti masak kan. Asya ni bile nk belajar masak.Nanti dah kawin kesian suami tu. "
"ibu Asya lapar, tak pe la Asya makan luar"
"Alalalal....anak ibu ni merajuk plak. Ye la ibu masakkan. Nak apa. "
"macam ni la Asya sayang. "
Kenyang perut Asya makan Nasi goreng kampung air tangan ibunya. Sesudah selesai menguruskan apa yg patut dia keluar bertemu Laila di rumahnya. Dia mengambil kunci kereta milik ibunya dan beg tanganya. Keluar dari rumah ternampak kelibat Sara sedang menyiram pokok-pokok di laman.
"Sya! Nk keluar ke. "
"Ye la sah nampak orang nk masuk kereta kan. Tanya lagi kenapa"Sara hanya menundukkan kepalanya. Asya membiarkan kakaknya itu.Tiba-tiba perbualan Sara dan ayah terngiang di minda. Dia masih tidak mengerti dengan situasi sekarang.
YOU ARE READING
KAU
RomanceAsya Qistina dilahirkan dlm keluarga yg berada. Tk pernah tk dpt apa yg dia nk.Biasalah bongsu.Kewujudan kakak kembarnya Asya Qaisara amat menyebalkn.Keputusan untuk sambug belajar amat dia kesali. "woi, ckp elok2 bleh tk!? " mata asya mengecil men...