MAAFKANKU TEMAN

39 3 0
                                    

tak seperti kebiasaan hari ini,
mereka dan aku yang selalu bergelak ketawa ,
hilang satu punca.
memang sepi,
seakan berubah tiga ratus peratus putaran bumi.
Tuhan menguji aku,
untuk berdiam diri seketika.
mereka terus mendesak agar aku bangkit berlari seperti dulu.
aku bukan tidak mahu,
kesakitan ini lah yang akan menyusahkan mereka,
seawalnya aku mengambil keputusan untuk pulang,
setidaknya,ada ibu di situ.
sakit yang nyata menyerang seluruh tubuh ini.
membuatkan ku tunduk kembali pada pencipta.
hilang arah.
tak pandai lagi berkata2.
akhirnya.
airmata itu tumpah juga,maafkan aku teman.
aku tak mampu menyembunyikan kesakitan lagi.

MAAFKAN AKU TEMANWhere stories live. Discover now