BKL 16 🌸

587 36 1
                                    

Angin sepoi-sepoi menampar kulit pipiku. Nyaman betul duduk dekat tepi pantai ni petang-petang macam ini.

Tudung yang berterbangan menutupi muka dibetulkan.

"Mana dia ni ? Kata nak jumpa" rungutku. Jam tangan ditilik. Nak masuk 10 kali dah aku check .

"Sorry lambat" ujar lelaki itu. Dia mengambil tempat duduk disebelahku.

"Takpe..." balasku perlahan. Merajuk ! Aku merenung ombak yang laju.

Tiba-tiba, aiskrim menghalang pandanganku.

"Eh aiskrim !" aku tersenyum lebar menyambut aiskrim itu.

"Yeay thankyou ! pandai pun awak pujuk saya" ucapku sambil tersengih-sengih. Dia cuma tersenyum membalas sengihanku.

"Awak.." lelaki itu memanggilku. Aku yang sibuk dengan aiskrimku cuma menggumam kecil.

"Pandang saya sekejap" pinta lelaki itu. Aku menoleh ke arahnya.

Hampir terlepas aiskrim dari tanganku.

"C-cincin ?" soalku gagap.

Lelaki itu mengangguk sambil tersenyum. Lesung pipit terserlah di lekuk pipinya.

"Anis Humaira, sudikah awak menjadi isteriku ?"

D-dia melamar aku ?!

Bersaksikan senja petang dan angin bayu lembut, aku terima lamarannya.

"Yes !" jeritku. Aku melompat untuk memeluknya.

Gedebukk !!

"Aduh..aduduh" terasa punggungku sangat sakit.

"Laaaa mimpi rupanya" sis kecewa !

Aku bangun daripada pembaringanku yang sudah berada di atas lantai.

"Aduh sakitnya" aku menggosok pinggangku.

Dengan terkedek-kedek, dia berlalu ke tandas untuk membersihkan diri dan menunaikan solat fardhu Subuh.

*****

"Oii, kau kenapa ?" soal Asyraf apabila melihat wajah adiknya yang gelisah. Nasi goreng yang berada di dalam pinggan dikuis-kuis.

"Kau yang makan nasi ke nasi yang makan kau ?" Anis tersengih kecil. Abang perli memang emmph !

"Takdelah.. adik tengah fikir"

Asyraf cuma angguk. Pasti ada soalan yang mahu ditanya.

"Apa tanda kalau kita mimpi pasal orang tu lepas solat istikharah ?" tanya Anis bagi menjawab persoalan yang sering bermain di minda sejak kebelakangan ini.

"Anis solat istikharah seminggu berturut-turut.." sambungnya.

"Itu mungkin petunjuk yang Allah bagi" jawab Asyraf ringkas. Dia tidak tahu sebab tiada pengalaman. Hm.

"Adik rasa adik terimalah, bang"

"Terima apa ?"

"Pinangan tu.." Asyraf tersedak.

"Kau betul ke ni ? Jangan paksa diri"

"Betul bang.. adik rasa apa yang adik mimpi lepas buat solat istikharah, itu semua petunjuk Allah.. mungkin dia jodoh adik" Anis menyambung suapan.

Bidadari Kiriman LangitWhere stories live. Discover now