LIRIKAN MATA

8 0 0
                                    

     Seperti biasa pada pukul 10 pagi Sarah dan Kak Ayu membuka kedai komestik yang gah namanya di alam perniagaan, tempat mereka bekerja. Kedai itu bukan lah milik mereka dan mereka hanya bekerja sebagai beauty consultant di situ namun gaji yang mereka perolehi amat lumayan.

" Akak perasan tak budak lelaki yang selalu lalu depan kedai kita tu? Yang kerja dekat guardian tu? '

" Yang mana satu sarah? bukan sorang dua budak lelaki dari guardian tu lalu depan kedai kita"

" Alaaa yang muka macam korean sikit tu. Hensem sangat kak, lembut je muka dengan cara dia cakap"

" Nanti kau tunjuk la yang mana satu waktu dia lalu depan kedai ni. Sarah, ada pelanggan tu, turn kau kan serve?"

Maka sarah pun berlalu untuk melakukan kerjanya. Sepanjang hari itu, mereka menantikan 'lelaki guardian' itu muncul dan seperti yang disangka memang muncul pun. Lelaki itu dan Sarah setiasa bermain mata dan melemparkan senyuman. Dua bulan perkara ini berulang, tiada kata kata pengenalan dilemparkan mereka. Masing masing masih malu walaupun memang secara terang telah nampak yang mereka menyukai satu sama lain.

Ini berlarutan hingga sehari sebelum Sarah berhenti dari bekerja kerana telah mendapat surat tawaran belajar.

" Akak, Sarah tak kira, harini kena jugak mintak nombor lelaki guardian tu. Dah last day pun still tak tahu nama dia. At least jadi kawan pun okay la"

" Kau cakap je lebih dik, bila dia lalu paling berani kau buat pun senyum je"

" Kali ni serius Sarah nak mintak nombor dia"

Tanpa sarah sedar, kak ayu telah memangil 'lelaki guardian itu masuk ke dalam kedai'

" Dik, Sarah mintak nombor kau"

Membesar mata sarah sewaktu melihat lelaki itu di dalam kedai mereka. Bertambah terkejut apabila kak ayu cakap sebegitu di depan dia dan lelaki itu. Malu woooo.

" Relax sarah, kau buat cool je. Kau dah tekad kan" kata hati sarah di dalam hatinya.

"Nak nombor boleh? harini saya last kerja sini"

" Ehh yeke? saya pun last kerja harini sebab nak sambung belajar. Boleh boleh boleh."

" Jari tu ada cincin, dah berpunya ke? kalau dah berpunya saya taknak la nombor awak, nanti sakit hati girlfriend awak"

" Ehh cincin ni perhiasan je. Btw, nombor awak apa?"

Bermula la sesi pertukaran nombor dan mereka sepanjang 2 hari mereka sentiasa berbual di dalam telefon. Suka semakin bertambah di hati sarah, niat untuk memikat hati sang jejaka semakin kuat. Tetapi tanpa dia sedar, episod kedukaannya bakal bermula....

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Nov 20, 2019 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

I LOVE YOU, I DO..Where stories live. Discover now