Tak semua kisah cantik itu manis, ada kala ianya lebih perit dari ditikam pisau. Ada yang kata ianya adalah sesuatu yang biasa jika tersakiti apabila bercinta tetapi adakah normal jika disakiti sentiasa? Luqman, lelaki pujaan wanita. Tidak terlalu peramah namun sangat menarik hati sesiapa yang melihatnya. Sesiapa yang mendapat hati sang jejaka tentu sahaja merasakan seperti berada di kayangan ke-tujuh namun adakah itu yang dirasai oleh pemilik hati Luqman?