KYAP - 1

6 0 0
                                    


Bamm!

Tepukan kuat di atas meja itu mengejutkan aku. Pantas aku mengangkat wajah dan anak mataku bertembung dengan anak mata hitam pekat milik jejaka itu yang terlihat jelas riak marahnya.

Lantas aku tersenyum dan bangun ingin mendekati tubuh itu. Tindakan spontan apabila aku berjumpa dengannya. Addicted sungguh nak sentuh lengannya yang berurat tu,nampak gagah sangat.

"Stop." Arah lelaki itu dingin. Aku yang sedang berjalan ke arahnya terus terhenti. Kening aku terangkat sebagai isyarat bertanya kenapa.

"Apa yang kau dah buat semalam?" Soalnya dingin kepadaku membuatkan aku mengerutkan kening berfikir apa kesalahanku.

"Apa maksud abang ni? Deeba tak buat apa - apa pun."

"Jangan nak tipu aku. Apa yang kau dah buat pada Lin?" Sebaik sahaja mendengar nama perempuan gedik itu terus aku menggulingkan biji mataku ke atas. Menyampah sungguh.

Lin ataupun Shazlin adalah kekasih kepada crush ku iaitu Muhammad Qaiser,lelaki yang berdiri di hadapanku ini.

Aku faham,hati dan perasaan tak boleh dipaksa tapi di dalam kes ini,aku tak nak Qaiser merana disebabkan Lin tu. Lin tu playgirl,dah beberapa kali aku terserempak Lin keluar bersama lelaki lain. Berbeza - beza lelaki pula tu. Aku tak nak Qaiser kecewa.

Dan dah banyak kali juga aku cuba untuk membongkarkan kecurangan Lin pada Qaiser tapi kesudahannya macam inilah. Qaiser tak percayakan aku. Di matanya, Lin ni baik,lemah lembut,sopan je. Jadi dia tak percaya tuduhan aku itu.

"Hah,kau jangan nak berangan pula. Aku nak dengar penjelasan dari kau ni. Apa yang kau dah buat pada Lin?"

Air liur ditelan kesat. Rambutku yang terjuntai di dahi,disebak dan diselit dibelakang telinga.

"Mana ada saya buat apa - apa pun. Dia mengadu apa dekat abang?"

"Kan aku dah cakap jauhkan diri kau dari Lin. Asal susah sangat kau nak faham ni?"

Agak kasar ayat yang dilempar oleh lelaki itu membuatkan hati aku sedikit terguris. Tetapi aku tetap mengekalkan riak mukaku ibarat tiada apa yang berlaku. Dah biasa pun.

'Alah,bukan tak pernah kena macam ni. Cool Adeeba.' Pujuk aku sendiri.

"Dia yang cari pasal dengan saya dululah. Kalau tak percaya,abang tanyalah dia."

"Bukan ke kau yang mula cari gaduh dengan dia,lepas tu kau simbah pulak milo ais dekat dia.Apa semua ni,Deeba?"

Automatik kepala aku teringat akan kejadian semalam,di mana baju blouse putih dan tudung pink yang digayakan oleh Lin berubah ke warna coklat gara - gara 'mandian percuma' dari aku semalam.

"Adeeba,kau dengar sini baik - baik eh? Aku nak kau jauhkan diri kau dari aku dan Lin lepas ni. Aku nak hidup tenang dan bahagia dengan perempuan yang aku sayang.Susah sangat ke kau nak faham?"

Pantas aku mengangkat wajah dan merenung jauh sepasang mata milik lelaki itu yang tajam memanahku. Raut muka aku terlihat suram hingga Qaiser juga ikut terkesan tapi cepat - cepat dia memusingkan tubuh dan ingin berlalu dari situ.

Namun tangan aku pantas menahan lengannya membuatkan Qaiser berang dan merentap kuat tangan miliknya hingga membuatkan aku terhuyung hayang ingin jatuh sebelum aku cuba menstabilkan kedudukanku kembali.

"Abang,jangan macam ni. Adeeba minta maaf, Adeeba janji takkan kacau Lin lagi lepas ni. Lagi pun bukan Ad.."

Belum habis ayat ku,Qaiser dah merengus kuat sebelum berpusing dan merenung tajam ke dalam mataku.

"Belajarlah terima hakikat yang aku tak pernah dan takkan pun sukakan kau. Hanya Lin saja yang bertakhta dalam hati aku. Dari dulu hingga kini. Susah sangat ke kau nak faham? Dan aku nak kau tahu,aku dah buat keputusan untuk berkahwin dengan Lin dalam masa terdekat ni."

Sebaris ayatnya itu amat menghancurkan hati perempuanku. Mukaku terasa panas membahang,air mata pula terus bertakung tetapi aku cuba untuk menahan ia mengalir keluar dengan mengerdipkan mataku beberapa kali.

'Diorang dah nak kahwin,mungkin aku memang tak ada tempat di hatinya.'

Qaiser melarikan wajahnya dari terus memerhatikan wajahku. Mungkin mukaku yang terlihat amat buruk ketika ini membuatkan Qaiser menjatuhkan pandangannya. Hatiku yang hancur tidak dapat disorok lagi. Muhammad Qaiser,lelaki yang aku puja sejak belasan tahun bakal berkahwin dengan pilihan hatinya.

Hatiku bagai dirobek - robek dengan perkhabaran itu. Sebelum air mata yang cuba ditahan ini melimpah keluar lebih baik aku angkat kaki dari sini.

"Tahniah Encik Qaiser. Jangan risau,saya tak kan dekat dan kacau hubungan awak berdua lagi lepas ni. Semoga kekal bahagia dengan perempuan yang awak sayang."


#sory ya,cerita ni dah lama dalam draft,first story yang saya tulis dlam wattpad,kalau ada kesalahan tatabahasa mohon diampun,please vote guys.😘

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Oct 04, 2022 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Kau Yang Aku PujaWhere stories live. Discover now