01 : zaman kanak kanak

10.2K 13 0
                                    

Stella termenung di tepi padang menyaksikan kawan2 seusia nya bermain dengan girang nya. Dia berharap dia juga mampu gembira dan tersenyum seperti mereka. Tapi tidak.. Stella tidak pernah tersenyum melain kan terpaksa. Stella yang baru berusia 9 tahun nampak lebih matang pembawakan nya. Itu kerana dia mempunyai kisah gelap dan hitam dalam hidup nya yang dia sendiri tak mampu menerima nya dan tidak ingin mengingati nya.

Stella gadis yang cantik walaupn masih kanak kanak. Rupa nya yang cantik, putih gebu, tidak terlalu kurus dan tidak gemuk, malah tidak jemu di pandang. senyuman Stella menambahkn lagi aura kejelitaan nya.

Hari dah petang, Stella perlu balik ke rumah sebelum maghrib. Nasib la padang dari rumah tidak jauh hanya selang 4 biji rumah dari padang. Begitu lah kehidupan nya sejak tinggal dengan makcik nya. Dia merasa lega dan gembira tinggal di sana kerana dapat larikan diri dari syaitan durjana. walaupun setiap hari di buli di sekolah baru.

Stella masih ingt lagi pada hari pertama persekolahan, di mana ketika semua pelajar perlu berdiri di atas kerusi hanya dia sahaja yang dapat duduk. Dan ketika itu lah budak lelaki di sebelah nya menyepak kepala Stella dgn kuat. Terasa hati nya berdarah kembali, dia merasa sakit di hati bagai ingin meletup meruap ruap hingga menggeletar tangan nya tetapi dia tak mampu lontar kan hingga sesak dada menahan nya dan akhir nya di pendam sahaja. Bukan itu sahaja gang2 lelaki nakal juga sering mengetuk kepala nya, memukul belakangnya sambil berlari, menarik tudung nya dan itu brlaku 3 tahun lama nya hingga lah habis persekolahan rendah. Cuba bayangkan Stella bertahan Dan bersabar seorang diri tanpa sesiapa untuk mengadu.

Setiap hari Stella menangis sendiri, menangis mengenang kenapa harus dia yg lalui semua ni? Kenapa? Kenapa? Dari situ lah Stella berdendam dgn nama lelaki. Dendam hingga Stella tak ingin langsung melihat muka lelaki2 yang lalu di hadapan nya. Hati Stella keras hingga tiada seorang pon dapat mencair kan hati nya. Setiap lelaki yang meminati nya baik handsome, kaya, biasa2 hanya di pandang sepi oleh nya. Pada Stella lelaki semua nya sama. Hanya ingin lepas kan nafsu sahaja.

Perjalanan Where stories live. Discover now