Sudah seminggu Mark dan Jihyo menjadi pasangan suami isteri. Pada hari itu,mereka bersiap untuk berbulan madu ke China yang dihadiahkan oleh ibu bapa Mark. Dalam kereta, Jihyo mendiamkan diri dan lebih suka melihat pemandangan di luar tingkap manakala Manakala Mark mengerling pandang ke arah Jihyo. Pemandu mereka juga hanya terus fokus pada pemanduannya. Tak lama selepas itu,mereka sampai di airport. Ibu bapa Mark yang baru saja sampai menaiki kereta mereka ,laju mengatur langkah untuk berjumpa anak dan menantunya sebelum mereka naik flight.
"have fun dekat sana ye? Mark,kamu tak payah fikir pasal kerja dekat pejabat tu masa kamu kat sana" kata Papa Tuan.
"okay dad, I will. Thanks for this trip dad. " jawab Mark.
Mama Tuan pula mendapatkan Jihyo dan dia terus memeluk Jihyo. Jihyo membalas pelukan dengan senyum bahagia kerana baru ini dia merasakan kasih sayang seorang ibu setelah ibunya meninggal di dalam kemalangan bersama ayahnya semasa dia masih berumur 4 tahun.
"bye menantu mama ,nanti mama mesti rindu dekat Jihyo sebab tak da orang nak teman mama masak dessert lagi." ujar Mama Tuan.
Papa Tuan mencelah "ish awak ni ,diorang bukannya ke sana sampai bila-bila,lepas seminggu diorang balik la kesini balik" ujar Papa Tuan apabila melihat reaksi sedih isterinya apabila memeluk menantunya itu.
"Yela abang ,selama ni semua benda saya buat seorang,bila ada Jihyo ni saya tak kebosanan dan ada peneman bila awak ke pejabat." Kata Mama Tuan .
Tiba-tiba kedengaran flight yang dinaiki oleh Mark dan Jihyo disebut menandakan sudah sampai masa untuk mereka berlepas.
"Pa,Ma,kami pergi dulu,takut nanti terlepas flight pulak."ujar Mark dan bersalaman kedua tangan ibu bapanya diikuti oleh Jihyo.
"Okey son. Behave yourself in other country dear and take good care of your wife ."kata Mama Tuan dengan senyuman ikhlas yang terukir.
Mark mengangguk .Dia menarik beg pakaian dia dan Jihyo dan Jihyo pula hanya mengikut langkah Mark dari setiap segi dan aspek.
Skipp
Dalam flight , Jihyo duduk di sebelah tingkap . Dia hanya melihat suasana di luar semasa flight sedang terbang . Dia ingin berbual tetapi dia sendiri tak tahu ingin berbual apa dengan Mark ,tambahan lagi lelaki itu kelihatan dingin yang menyebabkan Jihyo takut untuk menegurnya.
Tak lama selepas itu,Jihyo terasa mahu ke tandas lalu dia berkata kepada Mark.
"Awak saya nak ke tandas." Kata Jihyo takut .
"Hurm." tanpa banyak bicara Mark memberikan ruang kepada Jihyo untuk lalu.Dan Jihyo berlalu ke tandas .
Semasa di tandas ,seorang lelaki melanggar Jihyo dan Jihyo jatuh. Lelaki itu menghulurkan tangan untuk membantu dan Jihyo menyambutnya.
"Gamsahamni....." Jihyo terkejut melihat lelaki itu dan tiba-tiba Jihyo ketakutan.
"We meet again Song Jihyo." ujar lelaki itu dengan senyuman yang agak sinis. Apabila dia melihat wajah lelaki itu Serta merta kejadian hitam yang pernah terjadi padanya berlegar di ingatan.
Pada masa itu ,Mark menuju ke tandas kerana Jihyo agak lama di situ yang membuatkan dirinya merasa tidak sedap hati. Dia melihat Jihyo yang agak ketakutan itu. Dia memanggil Jihyo.
"Hyo" panggil Mark lalu ke arah Jihyo yang ketakutan.
Lelaki tersebut terus berlalu meninggalkan Jihyo yang kaku di situ. Jihyo melihat Mark . Tanpa banyak kata , dia terus memeluk erat Mark . Mark pelik dengan kelakuan Jihyo. Dia mengusap perlahan kepala Jihyo.
"Kenapa ni?" Tanya Mark dengan nada yang agak risau.
"Awak jangan tinggalkan saya ,saya takut." Kata Jihyo menggeletar .
Mereka terus pergi ke seat mereka. Mark memeluk Jihyo sehingga mereka selamat sampai ke airport China. Mark mengejut Jihyo yang tertidur.
Sampai saja di hotel,Jihyo membersihkan diri dan tertidur di atas katil. Mark pula yang baru sahaja selesai mandi tidak sempat berkata apa-apa tentang makan malam mereka.
Akhirnya Mark bercadang untuk keluar mencari makan malam untuk mereka berdua seorang diri.Dia meninggalkan Jihyo di bilik dan mengunci bilik tersebut . Risau juga dia meninggalkan gadis itu bersendirian . Yang pasti setelah membeli makanan dia akan terus pulang ke bilik hotel. Semasa berjalan, Mark menjumpai satu kedai makanan cina yang agak menyelerakan dan dia terus memesan makanan tersebut. Beberapa minit kemudian,makanan siap . Dia langsung berjalan pulang ke bilik hotel.
Di bilik hotel ,Jihyo termimpikan kenangan pahit yang dia pernah lalui sebelum ni . Dan tidak semena-mena dia menjerit . Kebetulan Mark yang baru pulang dari membeli makanan ,terdengar jeritan Jihyo . Dia pantas berlari dan membuka kunci pintu. Tangannya secara automatik meletakkan makanan yang di beli di atas sofa dan terus mendapatkan Jihyo yang sedang menjerit itu.
Dari bibit bicara Jihyo yang didengari Mark adalah . "Lepaskan aku ,Aku taknak semua ni,Aku taknak !!!" Gaya Jihyo seperti ingin meloloskan diri dari seseorang yang agak jahat. Mark cuba mengejutkan Jihyo / menenangkan.
Jihyo tersedar apabila Mark menampar pipinya . Jihyo berpeluh teruk dan lagi sekali dia memeluk Mark dalam menahan perasaan yang sangat ketakutan.
"Awak,jangan tinggalkan saya sendirian lagi,saya takut dengan semua ni awak." Jihyo menangis teresak-esak dan airmatanya membuatkan baju Mark basah.
"Jihyo,kau kenapa ni?kau mimpi apa ni?kau cerita dengan aku sekarang." Ujar Mark cuba menenangkan Jihyo lagi .
Jihyo masih dalam esakan tangis yang teruk.
Apa yang dimimpikan Jihyo?apa yang lelaki yang dijumpai dalam pesawat tu dah lakukan pada Jihyo. Wait for the next chapter .
-to be continued-
Haii and Salam sejahtera kepada semua readers.first thing saya nk ucapkan selamat berpuasa kepada readers yang beragama Islam Dan Tak lama lagi kita akan menyambut Aidilfitri. Dan Tak lupa juga kita perlu tabah dalam hadapi masalah Covid19 yang melanda .
Btw back to story,first I'm sorry sbb lambat update cuz I'm really busy to update the chapter of the story .I'm sorry . To all readers ,I hope Korg xbosan dengan cerita saya yang mengarut ni.. btw tlg la komen psl story saya ..and vote la jgk..thankyou all💜
YOU ARE READING
[GOT7] Light In Darkness [Mark Ft Jihyo]
FanfictionSatu ikatan perkahwinan dijalankan tanpa kerelaan Song Jihyo yang merupakan seorang anak yatim piatu yang dibesarkan oleh bapa saudaranya yang sememangnya kaki arak dan judi. Tuan Yi Eun atau lebih dikenali sebagai Mark Tuan merupakan seorang yang...