Chapter 1:Kembali

61 2 0
                                    

<Di Kedai Kujigoji>

Sougo baru saja bangun dari tidur dan menuju ke dapur untuk makan sarapan bersama pak ciknya.

"Selamat pagi, Sougo-kun. Awal kamu bangun hari ni." Ucap pak ciknya.

---

Tokiwa Junichiro

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Tokiwa Junichiro

-Pak Cik kepada Sougo dan seorang tukang baiki jam yang paling hebat.

-Seorang yang baik hati dan suka membantu orang lain.

---

"Selama pagi, pak cik." Balas Sougo sambil mengambil tempat duduk di meja makan.

"Hari ni, pak cik nak ke pekan. Jadi, kamu tolong tengok-tengokkan kedai ni ya ketika pak cik tak ada." Kata pak ciknya.

"Baik~. Lagi pun, Geiz dan Tsukuyomi nak datang ke sini. Kami bertiga nak selesaikan hal yang semalam." Kata Sougo.

"Hahaha. Bersemangat betul kamu hari ni. Tentu kamu akan menang kali ni, kan?" Kata pak cik nya.

"Sudah tentu. Saya dah berlatih sepanjang malam untuk ni." Kata Sougo dengan muka tersenyum.

"Baiklah, kalau macam tu, pak cik pergi dulu." Kata pak ciknya lalu keluar dari kedai.

"Selamat jalan~." Ucap Sougo.

<3 jam kemudian>

"Baiklah, Geiz... Kali ni awak kena menang. Tuntut bela kekalahan saya, kawanku~!" Kata Sougo dengan penuh dramatik.

"Boleh tak awak diam! Saya tengah fokus ni!" Kata Geiz yang berasa jengkel dengan Sougo.

"Awak berdua ni, sudah-sudahlah tu. Geiz, cepatlah lakukan." Kata Tsukuyomi.

"Baiklah, ini dia... Balingan penyelamat!" Kata Geiz sambil membaling sesuatu ke atas meja di ruang kedai jam itu.

"Keluarlah, tujuh... tujuh!!!" Jerit Geiz.

... Dan yang jatuh di atas meja tersebut ialah 2 biji dadu untuk permainan papan dan jumlah pada dadu tersebut adalah 7.

"YES!!!!" Jerit Sougo dan Geiz dengan gembira.

Geiz membawa karakter permainannya yang berwarna merah melepasi karakter yang berwarna kuning dan berjaya sampai ke garisan penamat

"YEAH~! Kita menang!" Sorak Sougo dengan penuh gembira.

Geiz memenangi permainan papan yang mereka bertiga main sejak 3 minggu yang lalu. Selalunya yang menang dalam permainan itu ialah Tsukuyomi. Tapi, hari ini satu sejarah baru telah tercipta.

"Tahniah, Geiz! Awak dah menang. Yahoo!" Kata Sougo sambil mengangkat tangan Geiz seperti seorang pengadil mengumumkan juara baru.

"Ini... Tak mungkin... Macam mana dia boleh menang?" Tsukuyomi menjadi hairan kerana Geiz berjaya mengalahkannya dalam permainan tersebut.

Kamen Rider Zi-O Next Time: Yuusha de Aru (Ongoing)Where stories live. Discover now