- 1 -

12 1 0
                                    

"Auch," Ayu segera bergerak ke arah sinki untuk membersihkan darah yang mengalir daripada jarinya akibat terkena pisau.

Kenapalah aku teringatkan dia!

"Dah kenapa tu, Yu?" soal Izham yang baru sahaja balik daripada kerja.

Ayu tidak berkata apa-apa tetapi jari hantunya yang berdarah ditunjukkan di hadapan muka abangnya.

"Lahh, ni dah kenapa berdarah pulak ni. Meh abang tolong sapu minyak gamat," tangan Ayu ditarik dan langkahnya laju ke arah di mana minyak gamat terletak.

Dengan segera Izham menyapukan minyak gamat pada jari Ayu dan dibalutkan dengan handiplus bercorak kartun.

"Abang dah kata tak payah masak. Dah biar abang je yang masaklah. Kang satu badan calar jadi satu hal pulak nanti," ujar Izham lalu dia mengorak langkah ke dapur semula. Bawang di papan pemotong disambung hiris kemudian periuk diambil dan diletakkan di atas dapur.

Api dihidupkan dan bawang ditumis terlebih dahulu sebelum dimasukkan rempah.

Tangannya sangat lincah memasak sehingga tidak sampai  sepuluh minit makanan sudah siap dimasak.

"Dah siap masak!" ujar Izham keriangan sambil membawa makanan yang dimasak tadi ke ruang tamu.

Kini mata Ayu bersinar-sinar kerana sememangnya dia tersangatlah lapar sekarang ni. Namun setelah dia melihat makanan yang terhidang di dalam mangkuk, sinaran mentari yang dipancarkan oleh matanya kian malap.

"Maggi je?" soal Ayu sambil memuncungkan mulutnya.

"Eh bersyukurlah sikit," balas Izham sambil memasukkan maggi ke dalam mulutnya.

"Kat hotel bang Iz masak memacam. Kat rumah bagi maggi kat adik? Nampak sangat tak sayang adik,"muncungnya dipanjangkan dua kali ganda. Jadilah muncung 2.0.

"Rasalah dulu. Jangan nak bebel je,"

Lantas Ayu segera mengambil garpu dan dipusingkan di dalam mangkuk yang berisi maggi goreng itu lalu dimasukkan ke dalam mulut. Segarpu masuk kemudian kali kedua.

Omg! Sedapnya! Betullah bang Iz ni chef kat hotel. Masak maggi pun rasa macam makan spaghetti!

Kali ini Ayu sudah tidak tahan lagi. Dia mengambil mangkuk maggi itu menghampiri mulutnya kemudian sudu berfungsi untuk menolak semua maggi goreng tadi masuk terus ke dalam mulut. Mulut pula mengeluarkan enzim amilase untuk mencernakan makanan lalu makanan dicerna menjadi kecil dan melalui esofagus kemudian masuk pula ke perut. Perut pula mengeluarkan enzim protease ke pepsin tah pastu korang sambung sendiri haha.

"Oi oi gelojoh," ujar Izham sedikit terkejut setelah melihat tindakan luar kawalan adiknya itu.

"Habis tu sedap sangat,"

"Kalau sedap kenalah belajar masak. Nanti boleh buat sendiri,"

Ayu menggeleng sambil jari manisnya digerakkan ke kiri dan ke kanan. "Not now. Lepas SPM lah baru free,"

...

"Argh bang Iz, Ayu dah lambat ni!," jerit Ayu sambil berlari ke arah dapur sambil mengambil bekal yang disediakan oleh Izham.

"Kejap, abang nak membuang lah. Tak tahan dah ni. Bila-bila masa je boleh keluar," ujar Izham. Kakinya laju menuju ke tandas untuk melepaskan segala tinja yang tidak diperlukan lagi.

"Aduh, makin lambatlah aku," kaki Ayu laju mengorak langkah ke arah rak kasut. Tangannya ligat menyarungkan kedua-dua belah kasutnya. Setelah selesai, tangannya laju mengambil kunci kereta milik Izham.

Stay With MeWhere stories live. Discover now