- 2 -

10 1 0
                                    

"Jawapan dia...," kata pelajar lelaki itu perlahan-lahan kemudian dia berhenti seketikan.

Semua pelajar 5 Emerald dan cikgu Azmi masih setia menanti jawapan daripada pelajar lelaki itu. Ayu pula masih lagi dengan reaksi terkejutnya kerana pelajar lelaki itu sepatutnya tiada di sini. Ya lah sekolah dia pun tadi Hurgronje High School bukannya SMK Taman Indah.

"Ikan keli!" sambung pelajar lelaki itu dengan penuh yakin dan bangga. Pelajar 5 Emerald pula yang baru sahaja ingin menepuk tangan, tidak jadi untuk meneruskannya kerana cikgu Azmi terus berdehem.

"Salah lagikan salah! Kamu berdua tak boleh masuk kelas! Berdiri luar kelas," muktamad.

"Hampeh betul. Ingatkan boleh jadi penyelamat merangkap prince charming aku. Ceh," bebel Ayu sambil badannya disandarkan pada dinding luar kelas.

Pelajar lelaki tadi terus menghala ke arah Ayu.

"Kau buat apa kat sini?"soal Ayu. Nak buat muka comel pun dah malas.

"Sebelum tu, aku Hafiz. Kau siapa?" Tanpa segan silu Hafiz memperkenalkan dirinya. Terserlah tanda namanya yang tertulis Hafiz Amsyar.

Ayu tidak membalas.

"Kau buat apa kat sini?" soal Ayu sekali lagi.

"Aku? Pelajar barulah,"

"Eh, bukan ke kau tadi pergi HHS? Asal kau ke sini pulak? Kenapa? Tak sanggup nak sekolah satu jantina ke?" soal Ayu bertubi-tubi.

"Oh aku salah sekolah tadi hehe," sebaris gigi putihnya ditayangkan. Jelas tampak dua gigi hadapannya yang besar seperti gigi arnab.

"Lah? Beria aku kejar kau.. Last-last sini jugak kau," bebel Ayu. Matanya kini memandang lantai. Apalah nasib kena berdiri di luar kelas. Tapi tak apa sebab ada chance berbual dengan Hafiz hihi.

"Kau kejar aku?" Mata Hafiz dikecilkan sambil memandang ke arah Ayu. Sekali lagi Ayu hanya diam tidak membalas apa-apa.

"By the way, wait, kenapa .. beg kau.. berair?" Hafiz menunjukkan jari telunjuknya ke arah beg Ayu yang sudah menitik itu.

"Ha?! Berair?" Dengan pantas Ayu terus menanggalkan begnya lalu diletakkan di atas lantai. Zip beg dibuka besar sehingga menampakkan isi kandungan begnya.

"Uish, sedapnya bau," sampuk Hafiz sambil menghendap apa yang dilakukan oleh Ayu.

"Perghh bekal aku tumpahh chukkk!" Ayu menunjukkan bekalnya di hadapan muka Hafiz. Habis terkeluar kuah daripada celah celah penutup bekas makanannya.

"Eww," Hafiz membuat gaya sedikit geli walhal bau makanan tu sangat menyelerakan.

"So, kena makan sekarang lah," ujar Ayu tanpa berfikir panjang. Sudu dari poket beg dikeluarkan kemudian dengan sembrono dia makan tanpa menghiraukan keadaan sekeliling. Apatah lagi bekas makanannya sudah menitis ha..ha..ha..

Hafiz yang sejak tadi memerhati mula menelan air liurnya. Pergh sedapnya bau. Aduh perut jangan nak berkeroncong sekarang. Desis hati Hafiz.

"Nak ke?"

"Hm nak hehe," mata Hafiz mula bersinar tatkala dia dipelawa oleh gadis yang masih dia tidak tahu namanya itu lagi.

"Masak sendiri!" Ayu terus menyambung aktivitinya tadi.

Hafiz sedikit mengeluh setelah mendengar jawapan tadi.

Sedang dia leka memandang ke dalam kelas, tiba-tiba saja perhatiannya sedikit terganggu apabila dia terdengar suara daripada sekumpulan pelajar. Serta-merta matanya tertoleh ke arah kumpulan pelajar lelaki tersebut.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Dec 15, 2019 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Stay With MeWhere stories live. Discover now