prolog

11 2 0
                                    

PROLOG
.....
"Mak,mak! Jangan tinggalkan Ayiq mak! Ayiq janji lepas ni Ayiq jadi budak baik. Ayiq akan jaga mak. Ayiq takkan tinggalkan mak. Mak! Mak!!!!!!"
Situasi di hospital menjadi tegang. Ayiq menangis di penjuru katil emaknya. Menyesal. Itulah perasaan yang timbul di hati Ayiq tatkala mengetahui emaknya sedang terlantar di hospital semasa dia berada di sekolah.

"Ayiq, setiap perkara yang berlaku kita perlu redha walau berat macam mana pun ujian tu."
Cikgu Ariff memujuk Ayiq yang kelihatan sudah berputus asa. Dia turut bersedih terhadap kehilangan ibu Ayiq tetapi apalah nak dibandingkan dengan perasaan Ayiq.

Beberapa minggu lepas, emak Ayiq disahkan mengidap penyakit ganjil di mana organ dalamannya mengecut hingga menyebabkan proses yang berlaku pada badan terganggu.
Bukan itu sahaja, malah semasa ditahan di wad beberapa hari lepas, ibu Ayiq memuntahkan segala isi perut walaupun tidak makan selama dua hari. Apabila diambil sampel dan diuji, doktor mengesahkan muntah tersebut bukan sisa makanan tetapi ususnya yang sudah berkecai. Perkara ini amat menghairankan bagi para doktor tapi bukan bagi Ayiq. Dia tahu itu merupakan tanda bahawa ibunya akan pergi tidak lama lagi.

Adiknya, Qaisara juga mengalami kesengsaraan yang sama sebelum menemui ajal. Qaisara menjadi separa gila kerana sakit kepala yang amat sangat. Pelbagai cara telah dilakukan namun sakit kepala adiknya semakin hari semakin parah. Dan, sehari sebelum kematian adiknya, Qaisara muntah dengan sangat banyak. Muntah tersebut serupa seperti muntah emaknya. Berketul-berketul dan berbau busuk. Hanya Ayiq sahaja yang tahu berkenaan adiknya itu dan hanya dia juga tahu punca semua ini berlaku.......

antidoteWhere stories live. Discover now