"Kau pasti ke petunjuk tu membawa kita ke sini?,"tanya Aizat kepada Ayiq. Dia tidak nampak apa kaitan petunjuk tersebut dengan rumah di hadapan mereka yang kelihatan menyeramkan. Matanya tertancap pada petunjuk yang berada di tangan Ayiq. Di tangan Ayiq adalah sekeping kertas yang tertulis gabungan nombor dan huruf. 1445darjah. Entah apa maksudnya,dia pun tidak tahu. "Aku tak tahu. Tapi naluri aku mengatakan ada something akan berlaku kat sini," balas Ayiq. Jantungnya berdebar-debar. Di hadapan mereka adalah sebuah rumah usang yang amat dikenali oleh Ayiq. Rumah ayahnya yang telah melarikan diri semasa dia masih kecil. Kini, dia datang dengan harapan penawar yang dicari berada di dalam rumah tersebut. "Jom, kita mula!"