Lisa terbangun pada pagi itu kerana mukanya terasa bahang. Apa pasal panas semacam ni... Lisa membuka mata sambil menggeliat selama dua tiga minit sebelum termenung di atas katilnya. Oh patutlah panas,matahari dah terjah tingkap aku rupanya.
"Lisa! Cepatla bersiap, aku pergi dulu kang... sekolah baru kita tu bukannya dekat sangat,minah oi," Lisa tersentak dari lamunannya tatkala suara garau milik abangnya, Khairul a.k.a Khai membolos masuk ke gegendang telinganya.
"Haaa kejap lima minit," tanpa membuang masa,Lisa terus ke bilik air lalu mandi kambing seperti selalu di hari persekolahan.
***
"Lisa,ni breakfast," Puan Hannah menyenduk mi goreng ke dalam pinggan dan menarik kerusi untuk Hannah. Khai yang sedang menghirup air kopi susu itu tersedak apabila melihat Lisa yang sedang menuruni anak tangga.
"Kau apahal hah tengok aku macam tu," Lisa mendekati meja makan sebelum mula menjamah sarapan yang dihidangkan Puan Hannah.
"Kau mandi ke, kau melawat bilik air je ni.... Bapak cepat!!! Tak sampai 3 minit," Khai cepat-cepat meredakan tersedaknya seraya mencapai beg sekolahnya.
"Hehehe,,aku mandi dalam mimpi semalam so yeah,"
"Eeeeeeeee," serentak reaksi Puan Hannah dan Khai selepas mendengar perkara sebenar dari mulut Lisa.
"Apa bendala anak dara tak mandi pagi.. Kurang duit hantaran kau karang," Puan Hannah mula membebel seperti selalu apabila Lisa seperti tidak mengendahkan statusnya sebagai anak dara. Khai yang sudah menyorong kerusi tergelak apabila mendengar Puan Hannah mengomel pada adiknya.Padan muka!
"Hish,apa pulak mak cakap orang macam tu. Mana adala orang mandi ni haa... Gurau pun tak boleh ke," Lisa mencebik lalu membetulkan ikatan rambutnya sebelum mencapai tangan Puan Hannah untuk disalami.
"Iya iya je adik tu... Entah-entah memang tak mandi," Khai punya ketawa berdekah dekah masih tak hilang lagi.
"Woi abang, kau jangan nak cari pasal ekk,"piapppp! Satu pukulan hinggap di bahu Khai. Geram betul dia dengan abangnya. Nak je dia bagitahu dekat maknya yang abangnya pakai sepasang baju sekolah je seminggu. Fuhh nasib sabar tu still ada,kalau tak...abangnya mesti tak boleh keluar every petang sebab kena iron baju depan muka mak everyday.
"Dah dah,,korang dah lambat ni... balik ni jangan lupa tolong mak dekat butik... Seminggu dah kemas takkanla hari ni tak beroperasi lagi," Puan Hannah mempunyai butiknya sendiri yang diberi nama The Hanz. Semenjak ketiadaan suaminya Encik Kamal, puan Hannah berusaha menubuhkan dan membangunkan butik pakaian demi menyara keluarganya. Dengan pertolongan anak-anaknya dapatlah perniagaannya dimajukan dengan adanya Khairul Hanan(si penyusun gudang bagai lipas kudung) dan Lisa Hanania( gadis pengurus social media The Hanz). Baginya anak-anaknya merupakan harta hidup terpenting untuk dirinya. Sesungguhnya,dia bersyukur pada tuhan atas kurniaan-Nya walaupun keluarganya tidaklah kaya mana.
***
"Okay students! So today we got a new classmate.. Introduce yourself please.." Madam Fiffy menjemput Lisa masuk. Sesaat Lisa berhadapan dengan budak kelas itu, jantungnya terasa hendak tercabut dari tempat asalnya... Semua mata memandangnya tepat pada mata Lisa Hanania,si budak baru.
"Nama saya..."
"Oh,we're having our English lesson today so kindly introduce yourself in English please," Madam Fiffy dengan loghat Mat Salleh celupnya menghentikan tindakan awal Lisa. Kaki Lisa semakin bergetar-getar akibat nervous giteww.
"Ceh...orang kampung ni... tak reti speaking," satu suara menerpa gegendang telinga Lisa. Perspektif orang sini kolot macam najis... sampah...Namun Lisa tersenyum sebelum memulakan sesi perkenalannya kepada rakan sekelas.

ANDA SEDANG MEMBACA
Tercuri Hati Mat Taiko
Любовные романы"Kau tau tak, orang panggil mat-mat taiko tu The Ifrits. Jangan beranila nak cari pasal dengan diorang,"- "Ifrit tu apa?" - Lisa Hanania. "Bodoh...Ifrit tu jin,"- "So,diorang tu jin la," Lisa, berasal dari average family dan seorang gadis yang berwa...