Our Routine 🌵

27 3 0
                                    

Bergema bunyi gelak-ketawa semua orang yang memenuhi kantin sekolah tersebut . Semua mata-mata memandang ke arah seorang gadis berada di sebelahku yang dipenuhi dengan tepung , dia adalah Choi Yuna .

Dengan pantas terus aku bangun dari kerusi apabila makan tengah hariku terbatas disebabkan oleh sekumpulan lelaki yang tak guna . Sebaik sahaja aku bangun dari kerusi tersebut  , suasana menjadi senyap sekelip mata .

"S-seokJin o-ooi"

Sapa salah seorang dari sekumpulan lelaki yang tak guna itu

"Eh , kenapa aku pula? "

Jawabnya dengan bingung , ketakutan

"K-kau yang suruh aku baling tepung tu kat Yuna ! "

"Itu Jimi--"

"SENYAP! "

Ajaib sungguh , dengan satu perkataan sahaja terus membuatkan mulut-mulut mereka tutup bagai digam. Aku pusing perlahan-lahan menghadapi muka-muka innocent itu

"H-hwa Young"

Kata Yuna sambil menarik-narik tanganku memberitahuku supaya berhenti , tetapi aku enggan

Dengan pantas aku terus mencapai kasutku dan terus membalingnya ke tepat ke arah SeokJin

"SeokJin , out"

Kataku sambil tersenyum sinis melihat SeokJin yang telah terbaring di atas lantai kesakitan . Semua orang yang berada di kantin itu hanya melihat kami seperti movie yang tengah ditayangkan .

"Hwa Young , j-jangan macam ni--"

"NEXT"

jeritku membuatkan semua orang terkejut

Tepung yang berada di tangan Hoseok segera aku ambil lalu menyumbat masuk ke semuanya ke dalam mulut hoseok , terbatuk-batuk tak berhenti dia.

"Hoseok , out"

Aku tersenyum melihat Jimin yang berada di hadapanku, aku sudah tahu apa yang terlintas di dalam fikirannya

"PARK JIMIN!!! "

jeritku sambil berlari mengejar lelaki itu yang cuba untuk melarikan diri walaupun dia tahu pada akhirnya dia akan kalah juga .

Itu adalah routine harianku di sekolah , Choi Yuna kawan baik aku yang selalu dibuli dan aku , aku yang selalu mengejar sekumpulan lelaki tak guna itu , dia adalah Kim SeokJin yang selalu 'makan kasut' aku , Jung Hoseok yang selalu 'kena karma right away' dan Park Jimin yang selalu 'melarikan diri' dan akhirnya makan penampar aku

×
×
×
×
×
×
×
×
×
×
×

Bersambung 🌼

THAT JERK IS MINE! | PJMWhere stories live. Discover now