"Tepi sikit"
Ucapku sambil menjeling . Lincah tanganku terus menggumpal penumbuk lalu memukul kepala Jimin
"Auch! "
Dia memberikan aku pandangan yang sangat tajam , aku hanya tersenyum kerana riak wajahnya seperti kanak-kanak yang sedang menahan air matanya kerana mahukan gula-gula .
"Kau ingat aku tak tau apa kau nak buat , baik kau letak tepung tu sebelum ada yang makan penampar"
Kataku sambil menyandarkan badanku di Jimin , dia hanya tersengih apabila mendengar kata-kataku
"HOSEOK!"
Terus aku bangun dari kerusi apabila aku terdengar suara hoseok dari jauh .
"Mana makanan aku?"
Soalku kepada hoseok , terus dia hulurkan dua bungkus burger bersama dengan air banana milk. Aku capai makanan tersebut dari hoseok lalu aku hulurkan sebungkus burger kepada Yuna
" Tak apa"
Yuna menolak membuatkan aku mencebik
" Hmhm , matanan Yuna dah masyuk tepung tadi cebab dorang ni ha , Yuna ambil laaaaa"
Bicaraku dengan nada yang comel membuatkan Yuna sukar untuk menolak pemberianku .
Tetapi , aku rasa ada benda yang awkward, aku toleh ke belakang melihat SeokJin , Hoseok dan Jimin mengerutkan dahinya . Pantas aku membetulkan coat sekolahku
"Apa tengok-tengok? Ada problem?! "
Aku berkata dengan nada yang sedikit tinggi lalu memberikan mereka renungan yang tajam.
"T-t-tak a-ada"
Jawab mereka bertiga dengan serentak , aku menjeling lalu pandanganku , aku ubah ke arah Yuna
"Ambil laaa Yuna , maaf SeokJin tadi kejam"
Kata hoseok kepada Yuna tetapi Yuna hanya membalas dengan senyuman
"Aku lagi yang kena !"
SeokJin mencebik , malas aku nak layan diaorang ni , tak habis-habis .
"Ambil laaaaa"
Cebikku
"Yelaaa"
Yuna tersenyum
×
×
×
×
×
×
×
×Ding dong
segera aku berlari anak apabila mendengar lonceng rumahku berbunyi .
Daun pintu aku kuak sedikit , terus aku buka luas pintu rumahku apabila aku melihat figure yang sangat aku kenali .
"Sampai pun , ingatkan tahun depan baru nak datang"
Gurauku dengan sindiran
Sengaja aku membiarkan pintu terbuka untuk dia, terus aku bergegas ke dapur untuk melihat kek yang aku masukkan di oven 30 minit yang lepas
Aku mengambil lidi lalu membuka pintu oven, lidi kecil itu aku cucukkan sedikit ke dalam kek yang aku bakar lalu aku tarik keluar lidi tersebut
"Hm , tak melekat , dah masak"
Aku matikan suis oven dan aku letakkan kek yang masih berasap itu di atas counter table .
"Dah siap ke semua?"
Soalnya
"Baru kek dengan icing sugar je , banyak lagi nak buat sebab tu aku suruh kau tolong aku Park Jimin! "
Aku bercekak pinggang sambil menatap Jimin yang sedang menggaru-garu kepala kebingungan
Ya , walaupun Jimin adalah salah seorang daripada kumpulan tak guna itu , dia tetap kawan rapat aku dari kecil . Mereka bertiga kalau bergurau mintak makan kaki walaupun itu hanya satu gurauan / prank sahaja .
"Bantu aku letakkan icing"
Kataku sebelum berlari ke arah peti sejuk lalu aku keluarkan sebotol soju yang aku dapat pagi tadi.
"Mana kau dapat?"
Tanya Jimin sambil mengerutkan dahinya tanda dia tertanya-tanya
"Macam biasa , Namjoon belikan"
Jelasku sambil meneguk soju tersebut , lincah tangan jimin menyambar soju itu dari tangan ku lalu dengan pantas dia meneguk air keras itu . Aku hanya gelengkan kepala.
×
×
×
×
×
×Tanpa aku sedar 3 botol soju habis diminum
"Hwa Young berhenti minum"
Jimin terus merampas sebotol soju dari tangan aku
"BAGI LA! "
Aku ketuk kepalanya sambil merengek meminta soju yang dirampasnya itu.
"Kau mabuk , cukup! "
Tegas Jimin , aku senyap lalu kembali membuat kerja yang terbantut tadi seperti tiada apa-apa yang terjadi .
Jimin mengambil sedikit icing lalu menujukan jarinya ke arah ku
"Aaaaaaaaa"
Katanya sambil membuka mulut , belum sempat aku membuka mulut jarinya sampai ke bibirku . Perlahan-lahan bibirnya semakin mendekat .
Aku cuma membatu tidak bergerak apabila aku rasakan bibirnya yang lembut meyapa bibirku .
"I love you"
Katanya berbisik
×
×
×
×
×
×
×
×
×Bersambung 🌼
YOU ARE READING
THAT JERK IS MINE! | PJM
Fiksi Penggemar"Get that filthy hand off of him" Kataku sambil megetap gigiku geram melihat mereka berdua "H-hwa Young" Kata Park Jimin cuba untuk memberhentikan aku "Who is she ?" Tanya perempuan itu dengan perlahan sambil memandang ke arahku dengan bingung "I...