" Wahai malaon si hantu jenglot ke jenggol ke, please jangan datang dekat life aku, walaupun kau lawa "
•••
Yoongi menikmati sarapan paginya dengan tenang. Di tangannya sedang memegang pen.
Sesuatu dicatitkan di atas kertas. Yoongi kemudiannya menutup buku itu. Nafasnya ditarik dalam. Baru semingguvdia berpindah kerumah barunya ini, orang kata rumah ni berhantu. Tapi takde pulak dia diganggu sepanjang seminggu ni.
Selesai sarapan, Yoongi bersandar malas di kerusi malasnya. Buku tadi diselak kembali.
" We were destined "
setiap bait lirik lagu rap itu bermain di bibirnya. Seketika kemudian dia berhenti. Nafas dihembus.
Ya, dia Min Yoongi, seorang producer merangkap rapper. Lagu-lagu yang dinyanyikan ditulis oleh dirinya sendiri.
Tiba-tiba bunyi lagu spring day mengganggu dirinya dari cuba merehatkan diri. Pantas telefon pintar di atas meja diambil. Dia memandang sekilas telefon itu, kemudian dibiarkan panggilan itu sepi tidak terjawab.
Yoongi meletakkan telefonnya semula. Kemudian dia menyandarkan semula belakangnya dikerusi malas. Baru sahaja dia cuba untuk melelapkan mata, kelibat seorang wanita berpakaian blouse biru muda kelihatan. Wanita itu sedang asyik bermain dengan anjing poodlenya.
Yoongi hairan, bagaimana wanita itu boleh masuk? penceroboh ke?
Dengan malas dia mendekati wanita itu . semakin dekat dia dengan wanita itu , semakin hilang bayangan wanita itu. Dengan si anjing juga hilang.
Yoongi kaget, wajahnya berubah pucat.
" tu— tu ke hantu yang diorang ceritakan?? "
Yoongi kebelakang dan semakin kebelakang. Sambil itu, mulutnya terkumat-kamit membaca sesuatu.
" Wahai si hantu, jangan datang ke dalam life aku kalau aku tak kacau kau " , sambil berbicara Yoongi melutut seperti memohon.
Tiba-tiba dia terdengar suara seorang gadis ketawa. Yoongi berpusing-pusing mencari gelak tawa manis itu. Sampai di ruangan tetamu. Gadis tadi muncul kembali, kali ini dia berbaring bersama dengan anjingnya di atas badan.
Mata Yoongi terbeliak, senduk dan baju hoodie berwarna hitam dan tebalnya diambil.
" eh kau keluar sekarang ! " , Yoongi menjerit sekuat hati dengan harapan gadis itu takut dengan jeritannya.
Sayangnya gadis itu cumalah tersentak, kemudian berpaling memandang Yoongi.
Ssup!
Yoongi terkedu, senduk yang dipeganh tadi jatuh ke bawah.
Apa ni? ni bukan hantu, ni bidadari!.
Yoongi tersedar, kemudian cepat-cepat dia mengutip senduk yang dijatuhkan tadi. ' Yoongi! jangan terpedaya! hantu memang lawa! nanti dia bertukar, mati sakit jantung kau! ' , Keras hati Yoongi mengingati dirinya.
Senduk itu dihalakan ke gadis berambut coklat yang sedang duduk bersimpuh di atas sofa itu. Gadis itu mengerutkan dahinya. Dia bangun lalu cuba mendekati Yoongi.
" Jangan dekat! aku ade senduk! kau takde! " ,Yoongi terjerit, ketakutan.
Seketika kemudian gadis itu tergelak. Dia tercangkung lalu menutup mulutnya menahan gelak.
Sekali lagi Yoongi terpana dengan kecantikan gadis didepannya itu. Namun pantas dia menepuk pipinya dengan senduk yang dipegang tadi.
" Sedarlah! dia hantu! "
Selepas sahaja dia memerahi dirinya, Wajah gadis itu terangkat. Makin galak ketawanya. Kali ini Yoongi pula yang terpinga-pinga.
" Hantu? pft— " , lembut sahaja soalan wanita itu, lalu gelakan kecil kedengaran.
Lembut, terpaku Yoongi.
" Kalau kau bukan hantu, kau siapa?! bunian? Werewolf? atau mungkin vampire?! " , soalan yang menerpa diri gadis itu membuatkan diri si gadis pelik.
" not even one of them, not a witch, a monster or everything yang encik pernah tengok dekat TV " , Lembut sahaja balasan yang diberikan gadis itu. Mata si gadis menangkap ke figura anjingnya yang sibuk menjilat kaki Yoongi .
Oh Yoongi dh terbiasa, anjing itu juga bagaikan menjadi anjing perliharaannya.
si gadis kembali mencangkung sambil tangannya didepakan, anjing poodle itu berlari mendapatkan gadis itu.
" aigoo, good Yippie yah "
Kelihatan normal sahaja, apa yang dilakukan oleh gadis itu dan anjingnya.
" K-k-kalau kau bukan sesiapa, kau ni apa? "
Gadis itu mengangkat mukanya, dia kembali berdiri. Senyuman nipis dihadiahkan kepada si penanya soalan.
" Saya Song Jihyo, boleh panggil saya Jihyo, saya penulis novel. "
Berkerut kening Yoongi. " habis kau buat ape kat rumah aku? "
" Ops- pembetulan, Encik tu yang buat apa kat rumah saya "
Yoongi naik berang, Sijil rumah yang baru dibelinya ditunjukkan kepada Jihyo.
Taknak kalah, Jihyo juga berbuat benda yang sama." end up, this is 'our house' ? "
Jihyo mengangkat keningnya selepas mengajukan soalan. Yoongi perlahan mengangguk. Dia juga terkejut.
" Takpe lah, saya dah biasa kongsi rumah. Dah tiga orang, tapi diorang semua pindah sebab ingat saya hantu. Jadi Encik adalah orang ke empat. " , Jawab Jihyo jujur.
" takpe Encik boleh abaikan saya " ,tambah Jihyo lagi.
Yoongi mendekati Jihyo lalu tangannya Jihyo dipegang ,
" Macam mana nak abaikan kau kalau ka— huh? "
Jihyo hilang, seperti tadi, kalini terdapat serpihan cahaya mengikuti kehilangan Jihyo.
" Dia kata dia bukan hantu, tapi kenapa dia boleh hilang macam tu? "
❤ End meet her❤
❤ see you next chapter ❤
YOU ARE READING
Untouchable - MYG
Fantasy- 🐠 - " Aku nampak dia, tapi aku tak boleh sentuh dia, siapa dia? ini bukanlah satu teka-teki. Dia hantu ke? Kenapa cantik sangat? hm, kalau hantu mesti macam kak limah ke ape ke . curious becomes curiouser " ❤