18 Mac 2020/ 27 Mac 2024
Suasana di dalam kafe ni agak sunyi. Lagi-lagi bila pelangan kurang mengheret kaki di tempat kerja aku ini. Yalah, hari Jumaat macam ini jumlah orang yang nak panaskan punggung di rumah lebih tinggi berbanding nak melepak di luar. Mesti semua orang nak berkasih sayang dengan orang tersayang. Terutamanya keluarga sendiri.
Keluarga. Sebut sahaja perkataan itu aku jadi kurang gemar dengan kehidupanku. Bukan tak bersyukur dengan apa yang Tuhan bagi, tapi tiap-tiap hamba-Nya pasti akan diuji dengan ujian yang bersesuaian dengan diri masing-masing. Dan ujian aku pula ialah berpisah dengan keluargaku sendiri.
Seusia dua belas tahu, aku telah diuji dengan kedua ibu ayahku terkorban di dalam satu kemalangan jalan raya. Umur yang sangat muda untuk faham apa itu perpisahan kekal di dunia ini. Seperti orang biasa yang lain, aku juga tak boleh terima permergian mereka.
Jangan cakap meraung, semua benda aku buat. Sampai cubaan bunuh diri pun pernah juga aku terfikir. Tapi syukurlah, Tuhan itu maha adil. Seteruk mana pun aku menyalahkan takdir, Dia masih beri peluang untuk aku mengatasi masalahku itu. Klise, tapi kerja Allah siapa yang boleh menidakkan, ye dok?
Dan aku di sini, berumur sembilan belas tahun. Sihat walafiat tanpa ada sebarang kecacatan pada fizikalku. Sedang berjinak-jinak nak tinggalkan zaman remaja dan sudah mampu bezakan yang mana hak dan yang mana batil. Aku Unierah Syar Binti Nizam, pekerja sepenuh masa di Book's Café.
Intro, bukan main. Haha!
"Wei, termenung!" Bersamaan dengan sergahan itu bahu aku ditolak tidak berperikemanusian.
Hilang terus posisi mendagu aku tadi bilamana bahuku hampir terkehel ke belakang. Laju aku pusing, tengok si pelaku tersebut. Hasna yang sedang berdiri di sebelahku itu tengah tersengih-sengih sinting.
"Kalau aku termenung pun bukan duit kau tu lebur! Kacau aje." Rungutku. Tangan yang terasa sakit itu aku urut lembut. Nasib baik tak terpusing! Kalau terpusing seratus lapan puluh darjah ke kanan tadi, terjah kliniklah aku hari ni.
"Memang tak pun, Cik Unie oi! Tapi duit kafe kita ini yang burn kalau kau tu asik termenung aje." Balas Hasna. Sikit pun tak rasa bersalah dengan tindakan bahaya dia tadi.
Menjawab? Aku libas guna mesin pengisar kopi tu karang, jongang tak pasal-pasal!
"Pedulilah kalau duit kafe ni burn. Kan cita-cita aku dari dulu nak bankrupkan Book's Café ni?" sarkastik aku menjawab.
"Kau biar betul!" Muka tak percaya Hasna bagi. Dia nampak cuak buatkan tubuhku yang disokong dengan satu kaki itu aku ubah dengan berdiri betul-betul.
Dah datang dah masa-masa blur-blur biawak anak dara seorang ini. Rasa nak hantuk pula kepala aku kat meja ini. Dia inikan, tak reti betul bahasa kiasan tu.
YOU ARE READING
MR. KING CONTROL (C)
RomancePOV1 (2017-2024) "Kerana dia lebih tahu..." Hanya kerana barang yang dituduh arwah ayahnya pernah curi, Unierah menjadi mangsa tak bersalah peminjam haram itu. Diugut, dikejar, dan juga hampir-hampir diculik gara-gara kesalahan arwah ayahnya kepada...