16 February 2021/11 October 2024
Jam empat empat puluh lima minit, aku dah tersedar dari lena. Ada sejam lagi sebelum subuh menjengah, tapi aku dah tak boleh terlelap. Mungkin sebab terlalu fikirkan perasaan sendiri aku jadi risau apa yang akan jadi lepas ni. Akan ada lagi ke masa depan di dalam perkahwinan kami ini kalau aku tak rasa aku boleh maafkan Haziq?
Kemarin, macam-macam dah aku cuba. Paksa buat baik dengan dia, paksa diri sendiri gelak macam selalu, paksa laksanakan tanggungjawab aku sebagai isteri, tapi pada akhirnya rasa dendam tu juga yang muncul. Nampaknya marahku masih pekat. Dua bulan ni tetap tak mampu padamkan rasa benciku terhadap perbuatannya itu. Malahan, aku jadi benci pada diri sendiri bila terpaksa pura-pura berlakon begini di hadapannya.
Dengkuran halus yang menyapa halwa telinga itu buatkan aku terpanggil semula ke alam nyata. Langsung aku mengiring ke sebelah, pandang Haziq yang lena itu. Sepanjang malam tadi, tak ada sekali pun aku dengar dia meracau. Tak juga nampak dia serang anxiety. Syukurlah, sekurang-kurangnya aku tahu yang tekanan daripada masalah rumah tangga ini tak memberi kesan sangat pada penyakitnya itu. Kalau begini keadaannya, legalah sikit aku nak tinggalkan dia.
Haziq bergerak bila aku mengelus lembut rambutnya itu. Sedar sepenuhnya perbuatanku itu mengganggu lenanya, aku terus berhenti.
"Saya tak boleh tipu diri saya sendiri dah, encik. Saya bencikan encik!" Walaupun dia tak dengar, tapi aku nak cakap juga. Mungkin ini sahaja peluang aku untuk ungkap perasaanku selancar ini. Jadi kesempatan tu aku guna sebaiknya.
"Saya minta maaf." Sebak aku mentuturkan kata itu apabila sedar sepenuhnya yang aku dah buat keputusan, besok aku akan angkat kaki daripada rumah ini.
------
Pagi ini aku sediakan sarapan seperti kemarin. Buat sebaik dan semewah yang mungkin. Terpinga-pinga Kak Syaz dan Aurora yang masuk-masuk sahaja dapur, semuanya dah disediakan. Lagi double terpingga lepas aku beritahu yang aku ada sediakan sarapan pagi untuk mereka sekali. Entah masih adakah peluang aku akan berjumpa dengan dua orang tu lepas ini, aku pun tak tahu. Kalau betul ini kali terakhir, sekurang-kurangnya memori terakhir aku dengan mereka dengan perbuatan yang baik seperti ini.
Selesai kerjaku di dapur, aku bawa diri terus naik ke tingkat atas. Bilik Haziq tu menjadi destinasiku. Nak ajak suami aku tu bersarapan sekali. Masuk sahaja di dalam bilik itu, semerbak bauan maskulin itu menyapa rongga hidung. Haziq, tak pernah tak wangi kalau nak ke mana-mana.
Waktu ni Haziq tengah mengemaskan tali leher yang dah terletak di lehernya. Secara perlahan aku menghampiri lelaki itu, tubuhnya yang membelakangi aku itu jadi tempat tanganku melingkar. Peluk Haziq erat. Bekal untuk diri sendiri kalau aku rindu atau risaukan dia.
"Encik, saya sayangkan encik sangat-sangat." Luahku tulus, rasa tak nak lepas langsung bila fikir apa yang akan jadi lepas ni.
"I love you more, love." Sahut Haziq. Dalam betul senyuman yang menyenget di bibirnya itu tatkala aku buka mata, melihat pantulannya daripada cermin. Tak biarkan aku berseorangan, pelukan itu dia leraikan sebelum tubuhnya itu mendakap aku semula. Maka makin kejaplah kami berpelukan.
YOU ARE READING
MR. KING CONTROL (C)
RomancePOV1 (2017-2024) "Kerana dia lebih tahu..." Hanya kerana barang yang dituduh arwah ayahnya pernah curi, Unierah menjadi mangsa tak bersalah peminjam haram itu. Diugut, dikejar, dan juga hampir-hampir diculik gara-gara kesalahan arwah ayahnya kepada...