ʙᴀʙ 3

17 4 0
                                    

Nahee pov

Sampai je aku depan office yang terpapar nama pengerusi Kim Taehyung ,aku tak berani nak masuk . Nervous semacam . Aku pegang tombol pintunya . Perlahan2 aku pulas .

Aku tak nampak lagi muka dia . Dia pandang kat luar tingkap sambil kerusi nya tak menghadap ke arah aku .

Aku perlahan2 jalan di depan mejanya . Aku baru sahaja mahu memperkenalkan diri tapi dia dah potong pulak .

"Duduk"

Dinginnya suara dia , garau basah pulak tu . Tu buat aku takut nie . Aku nak balikk .

"Apa hajat kau"

"Hajat? Oh hajat yang lagu artis malaysia tu ke?"

"Aku tak da masa nak melawak"

"Ermm,saye dtg nak tempah maut ehhh--nak cari kerja . Saye minat dlm bidang photographer nie so--" aku belum habis cakap lagi suka betol dia potong cakap aku.

"Ape nama kau"

"Nama saya nahee , Im Nahee"

"Okey ,berambus"

"Okey"

Macam tu je ? Dia interview cam tu je ke?
Pelik benor anak nie . Habis tu aku dpt ke tak kerja nie , serabut aku dibuat nya . Aku baru nak pulas tombol pintu dia,dia dah panggil aku .

"Tunggu..kau dah boleh masuk kerja lusa"

Ujarnya dengan pandangan nya yang masih di luar tingkap.

"Hah,biar betik"

"Kau pekak ke apa"

"Ehh , sye dengar .. Terima kasih" aku membongkok 90 darjah lalu aku keluar dari office dia .

Dorang bertiga melihat ke arah ku.

"Ha dpt ke idok?"ujar jungkook sambil baring dekat kerusi tu .

Amboi sedap mak nenek dia je baring kat situ .Rowon dan suzu berlari mendapatkan aku .

"Dapat tapi"

"Heh , dia pun ada tapi"kata jungkook yg masih terbaring itu .

"Aku tak nampak muka dia ,dia pandang luar tingkap je . Tak nak tengok muka aku lerr tu . Tu pun dingin semacam je aku tengok"

"Yeke lahh,lusa kan kita baru dpt masuk kerja so nanti2 lah ko dpt tengok muka dia . Sekarang nie jom shopping beli baju,aku semangat nak pi kerja nie ehek"ujar rowon sambil menarik tangan aku .

"Jom"

End nahee pov
-------------------------

Taehyung pov

Dari tadi aku interview org . Penat punya pasal aku pandang luar tingkap sambil mata aku terpejam . Tiba2 kepala aku pening .

Aku dapat dengar ada orang masuk bilik aku . So aku tau mesti dia datang nak cari kerja. Staff aku cakap dia kawan kepada jungkook . Tu pun jungkook bagitahu kat staff aku tadi .

"Duduk"

Aku dapat dengar kerusi ditarik . Aku dah malas sebenarnya nak layan org so aku biar je mata aku tutup .

Aku dapat dengar dia mengeluh . Peduli apa aku .

"Apa hajat kau"

"Hajat? Oh hajat yang lagu artis malaysia tu ke?"

"Aku tak da masa nak melawak"

Sempat lagi dia melawak dengan aku,aku dahlah pening nak mampus . Takde mood aku nak melayan lawak dia .

[ON-GO] ᴅʀᴜɴᴋ ᴏғ ʟᴏᴠᴇ [KTH]Where stories live. Discover now