1

64 12 1
                                    

Pintu apartment yang baru aku sewa itu dibuka perlahan-lahan. Aku menjenguk masuk kedalam ruang apartment itu. Cantik. Jauh dari apa yang aku bayangkan lagi. Lalu, aku tarik bagasi biru cair itu masuk kedalam.

"Oklah tu. Bilik ada dua"monolog ku sendiri. Bilik yang mempunyai pintu berwarna putih aku tuju. Kata tuan rumah, itu master room

Mataku membulat untuk seketika. Jendela yang besar itu betul-betul berhadapan dengan pemandangan kota Seoul. Kemudian, tilam yang dialas cadar putih susu itu membuatkan suasana bilik itu lebih ceria.

Rak baju yang tersedia itu aku tuju. Kemudian, beg bagasi itu aku letak saja dalamnya. Nanti nanti aku boleh kemas.

Kriukk!!

Perut aku lapar sudah. Ya lah, perjalanan Busan ke Kota Seoul ambil masa juga.

__________

Kaki aku melangkah masuk kedalam Hongik Universiti dengan pantas. Kemudian, mata aku menangkap satu susuk tubuh wanita yang aku kenali. Tak lain tak bukan, Park Hyera. Kawan baik aku sejak bangku sekolah

"Yow Hyera! Awal sampai"kataku sambil menepuk belakang dia dengan kuat. Dia mengaduh kesakitan. Ceh, menyampah aku

"Saja datang awal. Jom ke cafe. Aku tak sempat sarapan lagi ni"katanya sambil memegang perutnya. Mulutnya pula sudah termuncung bagai itik.

"Yelah. Jom"kataku dan tangan aku ditarik oleh dia menuju ke cafe.

Mansae Cafe

"Kau nak apa je?"

"Ni aku punya air susu strawberi dengan donat coklat"kataku sambil tunjuk makanan yang telah aku pilih. Dia mengangguk lalu duit ng berjumlah RM10 dihulur kepada cashier , Park Woo-jin

"Kau pergi cari tempat duduk. Nanti tak ada pulak"katanya seperti menghalau aku. Elok aku nak tunggu dia tapi dihalau pulak? Takpa takpa, dia dah belanja kau Aerin, kau patut bersyukur dapat kawan semurah hati macam Hyera tuh.

Mata aku terpandang kepada seorang lelaki yang sedang ralik baca buku dan earphone menemani dia. Rambutnya yang berwarna putih itu diselak kebelakang. Saliva aku ditelan. Crush, mohon jangan goda aku diawal pagi ini.

Aku menampar pipi aku perlahan. Tolong jangan usha lama sangat. Nanti kantoi camne? Aku berjalan ke arah meja kosong yang terdapat di depan di crush.port yang bagus bukan?

Mata aku kembali melihat freeshow di hadapan aku. Tubuhnya yang setinggi tiang lampu itu--, maaf crush terkutuk pulak.

Okay, back to our story. Tubuhnya yang setinggi itu mampu buat aku jatuh cinta. Pandai,berbakat dan kacak ialah package utama untuk jadi crush aku. Crush saja lah, bukan teman lelaki. Hiks, sedih pula terkenang bila aku tak akan berkahwin dengan di crush ni.

Tanpa aku sedar, Hyera sudah duduk di hadapan aku dan dia telah menghalang aku untuk mengusha

"Tak payah nak usha sangat ya. Makan! Kejap nanti kelas Cik Park."tegur dia. Aku pun membuka balutan donat lalu kuih itu aku suakan kedalam mulut.

"Kau boleh tak duduk ketepi sikit boleh tak? Nak usha crush aku pun susah"kataku lalu cubit pipinya yang penuh dengan kezaliman. Nope, i means penuh dengan waffle coklat. Dia pun dengan rela hati duduk ke tepi tingkap

"Kau lebih pentingkan crush dari aku kan?"katanya dan aku hanya tersengih. Bukan apa, jarang lah kalau nak tengok si crush ni dekat cafe. Selalunya dekat tempat boling jer.

Kemudian, aku dapat lihat seorang lelaki datang menghampiri dia dan duduk di sebelahnya. Kemudian dia membisikkan sesuatu. Aku pula buang pandangan aku pada donat di hadapan aku. Takut terkantoi nanti.

"Jadi minah dekat depan aku yang tengah tengok donat ni usha aku dari tadi ?"

Zzzapp!

Ayat itu menjentik aku. Dan suara itu dari crush aku sendiri. Oh God, jangan kata dia perasan aku pandang dia dari tadi. Muka aku mula memerah. Hyera memandang aku.

Kemudian ada seketul manusia duduk betul-betul di hadapan aku. Dan apabila aku pandang dia, segala kata cacian aku nak cakap.

"Kau usha aku dari tadi ye Go Aerin?"

"Duh, please aku tak pernah usha kau ok Kim Namjoon. Jangan nak perasan sangatlah"kataku dengan sinis sambil melihat dia. Ya Tuhan, kacak af bodoh dia ni! Rilek Aerin, jangan sampai dia tahu. Teruskan dengan lakonan kau Aerin!

"Really?"soalnya sambil memandang tepat mata aku dan aku mengangguk yakin. Nampak je macam ni, tapi dalam hati aku macam dah nak meletup kau tahu tak?!

"Okay. Aku blah dulu"katanya sambil menyentuh dagu aku lembut dan curi donat aku tadi.

Jap, rasa nak jerit jap!! Kemudian, aku pandang kembali Namjoon yang sedang menuju ke dewan kuliah utama dengan berlagak. Dan apa yang mengejutkan aku, dia pegang bontot budak perempuan kat situ.

Apa nasib aku dapat crush yang berperangai buruk macam aku ni.

EH?!

--

Selepas tamatnya sejam kelas bersama encik Jeon maknanya waktu balik sudah tiba. Aku menunggu di luar dewan kuliah dimana Hyera masih didalam. Kali ni, aku dan Hyera lain-lain kelas. Lagi sepuluh minit habislah kelas minah senget ni.

Aku berdiri tegak di tepi pintu dewan itu sambil memeluk buku nota. Bukan setakat buku nota, ada jugak lah diary aku selitkan sikit. Still macam budak-budak. Tapi, dah jadi hobi aku tulis diary ni.

Seorang lelaki melanggar belakang aku dan ya, aku terjatuh. Hiks, mudahnya aku terjatuh macam aku jatuh cinta.

Aku mengutip kertas kerja yang berterabur dan guess what, lelaki tu tak tolong aku. Dasar bodoh!

Ya Tuhan, Aerin sejak akhir-akhir ni kau banyak mencarut bukan?

Dan tanpa aku sedar ada satu tangan yang mengambil buku nota itu tetapi tidak dihulurkan kepada aku. Aku mendongak dan crush aku buka helaian buku itu. Siapa lagi kalau bukan Namjoon

"Eh kau ni pahal bukak buku orang tanpa kebenaran!"kataku sedikit menjerit dan merampas buku itu dari tangan. Tapi, malang sekali aku pendek dari dia")

"Kenapa pulak? Nota je kan? Bagilah aku"kata Namjoon sambil baca buku itu. Aku mendengus geram.

Crush ke apa ke, kau still takboleh baca buku tuh. Nasib lah aku tak tulis pasal dia. Kalau tak mati aku sial

"Bagi aku pegang dulu ya. Esok aku pulang"katanya lalu beredar dari situ.

Aku menghentak kaki. Esok macam lah boleh berjumpa dengan kau lagi Namjoon. Jarang aku jumpa kau selalu macam hari ni. Wahai crush, tolong ubah perangai kau yang macam ba(e)bi tuh.

Susah betul kalau ada crush yang badboy ni.

tbc



Serius aku cakap separuh dari cerita aku ni macam hidup aku. Selalu terserempak dengan crush tapi bila jumpa berlagak cool. Kau tahu tak susah nak handle benda cam tu. Waktu bercakap dengan dia kau kena berlagak tenang.

Ada satu hari tu an (waktu darjah enam), aku dengan si crush aku ni kena denda sama-sama. Then, ada orang ship aku dengan dia. Yash, aku punya lah nak tutup malu tuh, aku maki tau orang yang ship aku tuh. Padahal dalam hati dah duguen duguen ! Till now dia tak notice aku ;)

Ok tiba-tiba nak share masalah😂

Jangan lupa vote dengan comment! Nanti Ryu sayang korang muah muah💜








[C]Crush •KNJ•Where stories live. Discover now