KECEWA Part 6

169 0 0
                                    


Disebabkan pernah kecewa, pastinya firdaus tidak mahu dilukai lagi. Tidak mahu lagi mengalah dan meminta maaf. Setiap kali qistina melakukan kesalahan, akan dibalasnya dengan melakukan perkara sama. Dua dua ego, tiada yang mahu mengalah. 

QIstina mempunyai ramai kawan lelaki, memiliki tubuh yang menarik, rupa yang comel. Siapa sahaja yang tidak mahu berkenalan dengannya. Dengan ini, qistina sering melukakan hati firdaus tanpa sengaja. Keluar rehat bersama rakan lelakinya walaupun tidak berdua dan ada rakan sekerja mereka namun hati kekasih mana yang tida dipalit perasaan cemburu jika mengetahui buah hatinya keluar bersama lelaki yang menyimpan perasaan kepadanya?

Qistina seorang yang tidak begitu peka jika ada yang menyukainya kerana itu dia sering merasakan yang dirinya tidak lah begitu cantik dan menarik kerana baginya tiada yang menyukainya. 

Disebabkan firdaus dan qistina sering melukakan hati masing masing, keduanya seperti tidak jumpa jalan keluar dari masalah mereka. Hendak ditinggalkan tetapi sayang, hendak dibetulkan tetapi tidak tahu cara. Itulah remaja, masih mempelajari apa itu cinta..

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Dec 13, 2019 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

PerkenalanWhere stories live. Discover now