Seorang gadis berusia 23 tahun melangkah lemah mengikuti lelaki di hadapannya. Lelaki yang baru sahaja menyandang gelaran suami kepadanya. Suami kepada seorang gadis bernama Nur Imani Qaisara.
Aqeef membuka pintu rumah dua tingkatnya dengan kasar. Hatinya sakit mengenangkan peristiwa yang telah berlaku kepadanya. Secara tiba-tiba, dia harus menikahi Nur Imani Qaisara iaitu anak angkat ibunya. Tanpa mempelawa isterinya, dia terus masuk ke dalam rumahnya.
Sebaik saja melangkah masuk ke dalam rumah dua tingkat milik Aqeef itu Nur Imani Qaisara terus melabuhkan punggungnya di sofa single yang bewarna grey-silver walaupun tidak dipelawa. Matanya meliar melihat seni dan hiasan yang menghiasi rumah suaminya itu. Cantik! Kemas! Pujinya dalam hati.
Rumah Aqeef tampak begitu moden dan mewah. Nur Imani Qaisara atau selalu digelar Ara tidak pernah bermimpi untuk tinggal di rumah agam milik suaminya yang merupakan anak kandung ibu angkatnya. Perfect. Suaminya itu merupakan lelaki yang serba-serbi. Seorang yang cermat, kaya, Kemas, biarpun dia lelaki tetapi tidak pernah sekali pun dia lupa untuk mengemaskan semula barang-barang yang digunakan. Dan... Ya suaminya seorang yang handsome dan menjadi pujaan ramai gadis diluar sana. Tetapi baginya suaminya seorang yang sombong dan angkuh. Semua tentang Ara ditentangnya. Ara sendiri tidak tahu apa yang dia buat sampai Aqeef membencinya sebegitu sekali. Ara juga tidak ketinggalan, jika suaminya membencinya maka dia pun akan membuat yang sama. Ya! Dia juga benci kepada Aqeef dan tidak terlintas langsung dihatinya untuk mengahwini lelaki tersebut. Tetapi disebabkan suatu kejadian mereka berdua harus dihijabkabulkan.
Aqeef melempar songkoknya tanda protes. Dia memandang Nur Imani Qaisara dengan pandangan yang tajam. Kalau ikutkan hati, nak je dia bunuh perempuan itu kerana telah menyusahkannya dan menghancurkan hidupnya. Gigi diketap kuat. Tuhan sahaja yang tahu betapa marahnya dia kepada Nur Imani Qaisara.
" Puas hati kau sekarang!? Tak pasal-pasal aku kena kahwin dengan kau!!.."herdik Aqeef kuat. Baru sekarang dia dapat meluahkan sakit hatinya. Sekarang mereka hanya berdua, senanglah dia untuk melempiaskan marahnya.
Nur Imani Qaisara tersentak. Terangkat bahunya akibat herdikan suaminya itu a.k.a orang yang dibencinya. Dia menarik nafas dalam kemudian melepaskannya dengan perlahan. Dia perlu menenangkan dirinya sebelum dia yang kena tabuh nanti.
" Saya pulak yang salah? Ini semua awak punya pasallah. Lepastu sekali dengan saya awak heret." Ara cuba mempertahankan dirinya.
Makin berapi Aqeef jadinya bila Ara melawan katanya. Terus dia mencengkam dagu Ara yang baru je buka tudung yang dipakainya tadi. Bagi dia kekadang memang eloklah si Ara ni kahwin ngan dia, boleh la dia seksa Ara sampai puas hati dia. Dia juga telah berjanji yang dia tidak akan sekali pun menyukai perempuan yang dicekiknya sekarang ini. Ya dia tahu dia kejam.
"kau dengar sini baik-baik ye. Kau cuma tumpang je kat rumah aku ni so lebih baik kau dengar je arahan aku ni.. Semua benda yang aku suruh kau kena patuh.. Kalau tak patuh cakap aku siap la kau. Lagi satu jangan sesekali kau sentuh barang-barang aku and dilarang masuk dalam bilik aku. Kau tidur dekat bilik sebelah aku je. Then kalau mummy datang rumah ni or kita pergi sana tolong berlakon yang kita ni suami isteri yang mesra"
Biarpun dia bencikan Ara tetapi dia tak nak sakitkan hati mummynya. Dia sayang uminya sangat-sangat sebab dia cuma ada mummy saja. Daddy sudah tiada kerana telah kembali kepada illahi."dah sekarang ni kau pergi buatkan aku coffee. Jangan lambat and buat bagi sedap." terus dia berikan arahan kepada arah yang sedang menahan sakit apabila dicengkam.
"o-okay"Ara terus bangun pergi ke dapur apabila suaminya melepaskan cengkamannya.
Nak tak nak dia kena juga patuh memandangkan dia seorang isteri dan dia tak naklah jadi isteri derhaka. Tak bau syurga nanti. .'Ya Allah semoga hambamu ini tabah'
Habis je dia bancuh coffee tu terus dibawa kepada suaminya yang berada di ruang tamu merehatkan diri.
"nah coffee yang awak minta." dia meletakkan coffee tersebut di atas meja yang berada di hadapan suaminya.
Aqeef yang baru menutup mata untuk berehat terus mencelikkan matanya semula dan melihat Ara yang berdiri di tepi meja itu. Kemudian beralih kepada coffee tersebut dan diminumnya. Jujur dia katakan sedap coffee tu tetapi idea jahatnya muncul pula.
"kau buat coffee ke air kosong. Tawar sangat" kemudian dia menuangkan coffee itu ke lantai. Ara trkejut melihat air yang dibuatnya dituang begitu. Sungguh sedih hatinya apabila air yang dibuat ikhlas itu tidak dihargai. 'macam mana coffee tu boleh jadi tawar padahal selama ni umi minta aku buatkan coffee itu selalu dipuji sedap.' katanya dalam hati dengan hairan dan kesedihan hadir apabila tidak dihargai.
"hah kau tengok apa lagi!! Lap lah lantai ni balik and buatkan coffee yang baru untuk aku!." herdik Aqeef yang menyebabkan Ara terus berlari ke dapur untuk mengambil kain buruk untuk mengelap lantai tersebut kemudian dia terus membuat semula coffee itu tetapi kali ini dia membuat sambil berhati-hati mana tau sekejap tadi dia terlupa meletakkan gula.
Aqeef tersenyum sinis apabila rancangannya itu menjadi dan membuatkan isterinya itu gelabah dan mungkin sakit hati dengan sikapnya. Biar.. Biar dia rasa sakit hati dengan apa yang aku buat ni. Macam mana aku sakit hati dengan dia yang merampas kebahagiaan aku.
Kemudian dia terus keluar dari rumahnya untuk bertemu dengan kekasihnya tanpa menghiraukan Ara yang sedang menyiapkan coffee buatnya. Dia menghidupkan enjin BMW nya. Kemudian terus keretanya melunjur keluar dari perkarangan rumahnya.
_________
Orang ramai yang membeli-belah di Centre Square ini sikit pun tak menganggu dua kekasih yang sedang berjalan berpegang tangan.
" Biy.. When can we get married kalau U kahwin dengan betina tu." kata zulaikha dengan suara manja gediknya kepada Aqeef.
" I don't know, U know right I kahwin pun sebab mummy i je. Kalau tak jangan harap I nak kahwin dengan
dia." ujar Aqeef sambil mencuit hidung Zulaikha.Zulaikha tergelak gedik apabila dicuit begitu. "Biy jom pergi sana i rasa i nak beli new dress lah.. Baju i semua dah lama i rasa macam lebih baik i bagi orang baju-baju tu." dia berkata seraya memeluk pinggang milik Aqeef. Actually dia baru je beli baju baru semalam tapi tetiba dia nampak dress yang ala-ala korean tu cantik pulak.
" seriously! Bukan semalam U dah beli ke..buat pe beli banyak-banyak. "
Zulaikha mencebik." alaa U ni kata semua yang i nak u akan bagi.. i nak yang tu pun tak boleh sokay la tahun depan baru i beli.. Senang hati u kan." Zulaikha buat-buat merajuk.
Aqeef mengeluh perlahan. "yela yela
Jom u nak yang mana i belikan but jangan banyak-banyak n don't pilih dress yang terdedah sana-sini.. U're mine okay." Zulaikha terus membuat muka ceria apabila merajuknya menjadi. Dia jalan laju sambil menarik tangan Aqeef masuk ke dalam Ala'dress itu.Tq semua yg baca n please vote n comment k.. Vote n comment anda amat bermakna buat si author ni. Hihi😉. And sorry sebab bab 1 ni macam pendek sangatkan.
![](https://img.wattpad.com/cover/208583710-288-k342677.jpg)
YOU ARE READING
Aku Pilih Kau (slow update)
Short StoryNur Imani Qaisara terpaksa menerima hakikat yang anak kandung ibu angkatnya iaitu, Aqeef, bergelar suami kepadanya tanpa rela. Nak atau tidak, dia terpaksa akur dengan kehendak takdir dan bersabar dengan apa yang telah berlaku. "Hei, betina! Kau den...