1

4 1 0
                                    

"Dian bangun , dah lewat dah ni !!" kata Datin Herlina iaitu mama dian sambil menepuk kuat punggung anaknya itu .

"Aduh , sakitlah ma .. " kata dian sambil merenggangkan kedua tangannya seraya bangun dari katilnya yang empuk .

"Sakit tak sakit kamu cuba tengok jam dah pukul berapa sekarang ni !" Datin Herlina berkata dengan keadaan geram akibat perangai anak perempuan nya yang selalu bangun lewat .

Dian melihat jam dinding yang berada di biliknya dan jam menunjukkan angka 6 : 50 pagi .

1

2

3

"Arrghhh , dian dah lambat !!" dian langsung lari lintang pukang lalu menyambar tuala yang tersidai dan terus masuk ke bilik mandi untuk membersihkan dirinya sebelum ke sekolah .

Datin Herlina yang melihat anaknya lari lintang pukang hanya menggeleng kepala lalu keluar dari bilik dian . Perangai dari dulu sampai sekarang tak berubah langsung ! .

*********

Dian menilik dirinya sebentar sebelum keluar dari biliknya supaya tampak kemas dan tidak comot . "Okay perfect !" kata dian sambil senyum tidak lekang dari bibir .

Dian melangkah setiap anak tangga dengan berhati - hati dan melangkah ke dapur . Nanti kalau jalan laju - laju then tergolek buat malu je !

"Haa Dian , baru nak turun ?! Abang kamu tu dah berjanggut tunggu kamu yang lambat siap !!" Datin Herlina berkata apabila nampak kelibat anak bongsu nya itu .

"Hehe sorry ye mama dan abangku yang tersayang" tersengih dian apabila ditegur sebegitu . Kita kan perempuan of course lah lambat siap , ahaks !

"Dah tak payah nak sorry ii sangat ! kau tau tak kita dah lambat ni ?!" marah Afiq Danial yang memerangkap abang kepada dian .

"Ish yelah ii" rajuk dian sambil sumbat roti telur dalam mulutnya .
Eleh , aku lambat sikit je pon kalau dia lambat boleh pulak ? haishh sabar jelah dapat abang yang annoying .

"Mama , papa , kami gerak dulu ye" kata afiq dan dian sambil menyalam tangan kedua ibu bapa mereka .

"Ye , hati - hati bawak motor tu ! belajar elok ii !" pesan mama dan  papa dian .

Dian dengan abang dia bawak moto pergi sekolah . Tapi dorang gerak naik motor sendiri almaklumlah , mereka cuma dua beradik je lagipon mereka kata rimas kalau naik motor sama ii .

"Okay , roger that !!" jerit dian dan afiq serentak dan selepas itu bunyi deruan motor mereka memecah suasana yang sunyi di pagi hari .

*********

"Okay kelas , harini ini saya akan mengajar topik tentang .... " belum sempat Puan Amelin mahu menghabiskan katanya terdengar bunyi ketukan pintu .

"Assalamualaikum" seisi kelas melihat dian yang hadir lambat ke sekolah . Dian hanya mempamerkan muka tidak bersalah lalu berjalan masuk ke kelas .

"Kenapa kamu hadir lambat ke sekolah dian ?" tanya Puan Amelin sambil memandang anak muridnya itu .

Alamak ! aku nak bagi alasan apa ni ? Takkan nak cakap yang aku ni bangun lewat kot , mahu mati dia di marah oleh gurunya itu .

"Errr , tadi motor saya rosak jadi saya bawa pergi bengkel kejap . Saya mintak maaf puan" huh ! bagus dian pagi ii kau dah tipu cikgu .

"Ouh , takpelah saya lepaskan awak kali ni . Lain kali jangan lewat kalau tak keluar dari kelas saya , faham tak ?" haa tu dia , harimau dah bangun dahh !

Dia Pengubah Cerita Where stories live. Discover now