3

0 0 0
                                    

Dian sedang berjalan di susur(¿) jalan sambil menyanyi perlahan . Hari ni dia jalan kaki pergi sekolah ! Lagipun jalan nak pergi sekolah 10 minit je .

"Hai Dian" tegur satu suara yang dian tidak kenali . Dian menoleh ke belakang untuk melihat gerangan yang memanggilnya .

Dian hanya mengangguk apabila gerangan itu ialah Azim Haikal lelaki yang mencari pasal dengannya . Huh ! Mamat ni nak apa ?

"Erm , Dian !" panggil azim takut ii dengan dian . Dian hanya memandangnya kosong supaya dia  meneruskan percakapannya .

"Aku nak mintak maaf pasal hari tu dan kalau aku nak jadi kawan kau , boleh tak ?" kata azim dengan satu nafas .

"Boleh , tapi jaga perangai kau" tegas dian berkata . Apa tujuan dia nak jadi kawan aku ? Ada niat buruk ke ? Ya allah ! husnuzon dian ! .

"Okay , terima kasih dian !" teruja Azim dengan pernyataan dian itu . Senyuman tidak likang dari bibirnya .

Erk ! Asal hensem sangat dia senyum ni ?! Nak try goda aku apa ? Haip dian ! Ingat , tutup hati kau untuk lelaki . They're means nothing !

"Dian !" panggil azim sedikit kuat apabila dian berangan . Cair lahtu tengok aku senyum !

"Ahhh ye ?" eghh kantoi kau berangan melting dengan dia ! Kalau ye pon cair , cover lah sikit . Dian kesal dengan perangai nya yang begini .

"Kenapa tengok aku macam tu ? Melting eh tengok aku senyum ?" tersengih nakal Azim melihat dian blushing .

"Takyah nak mengarut lah kau ni" kata dian dingin untuk menyembunyikan malu . Macam mana lah mamat ni tau ? Dia baca fikiran aku ke apa !?

"Erm yelah , jom dah lambat ni !" Mereka berjalan bersama ii hingga masuk ke kawasan sekolah sambil berbual mesra . Baru jadi kawan dah mesra . Aku takde lah sombong sangat cuma dingin je .

Semua orang yang berada di kawasan sekolah memandang mereka berdua yang mesra semacam . Setahu mereka , dian seorang yang dingin dengan lelaki tetapi lain pula bila dengan Azim Haikal .

"Okaylah , aku nak pergi kawan aku . Bye !" kata dian sebelum berlalu pergi ke kawannya . Pandangan orang terhadapnya di abaikan .

"Woi bro ! Kau ada apa ii ke dengan dian tu ? Rapat semacam je tengok ?" Tanya arfan salah satu kawan Azim .
Curiga dengan kawannya yang satu itu .

"Ouh , aku request nak jadi kawan dia je . Tak sangka dia okay kawan dengan aku" teringat dengan perangai dian yang comel semasa mengelamun .

"Ye ke kawan ? Ke kau ada hati dekat dia ?" soal fahmi pula dengan sengihan nakal . Mamat ni kalau tak usik tak sah !

Azim yang mendengar soalan itu hanya diam tidak menjawab . Dia mengaku Dian sangat cantik walaupun berperangai dingin . Adakah dia sudah jatuh cinta pada gadis itu ?

********

"Kenapa lah dia tu rapat dengan Azim aku ? Patutnya aku yang rapat dengan Azim !" Kata nabila dengan kuat dan nada geram supaya didengari oleh Dian .

Dian menoleh apabila seseorang mengutuknya dan Azim . Alahai bimbo ni , aku kawan je pon dengan si Azim bukannya couple pon . Sabar dian , sabar !

"Entah ii dia dah bomohkan Azim" kata farisha pula ingin membuat dian marah . Tetapi dian tetap diam dan sabar supaya tidak tercetus pergaduhan .

"Hey perempuan , kau pekak ke apa kitorang cakap ni !" jerkah nabila kerana geram dengan sikap dian yang langsung tidak ambil tahu .

"Rasanya aku kene pekakkan telinga bila orang mengumpat kita . Lagipun , bukan ke dosa kalau dengar fitnah apatah lagi MEMFITNAH !" kata dian bersahaja lalu keluar dari kelas dengan selamba .

Dia Pengubah Cerita Where stories live. Discover now