Library~~~
"Maafkan saya sebab lambat. Kenapa Minkyu sunbae cari saya? Saya ada masalah disiplin ke kat sekolah?" Soal Hyuri takut.
"Perempuan secantik awak tak pernah pun buat salah dalam hidup saya." Senyum Minkyu sambil menyimpan handphone di poket seluarnya.
Hyuri tersenyum kekok. Memang susah nak tengok si Minkyu ni bergurau selalunya dia serius tapi dia jugak tukang gelak walaupun benda tu tak lawak tapi jarang tengok dia bergurau dengan orang lain.
"Kalau macam tu, kenapa sunbae panggil saya?"
"Ahh ni huh, ingat tak masa saya tolong awak kutip sampah tahun lepas? Lepastu awak ada janji denga saya kan?" Soal Minkyu dengan nada yang serius.
"Errk ye, masa tu saya cakap kalau sunbae perlukan bantuan panggil je saya. Saya sudi tolong." Jawap Hyuri.
"Baguslah awak ingat, setahun saya simpan janji tu. Jadi boleh awak tolong saya susun semua buku baru ni?" Senyum Minkyu.
"Boleh je, susun kat mana?"
"10 rak kosong kat sana" Minkyu menunjuk 10 rak kosong di hujung bilik itu.
Mak ai dahlah banyak, tambah pulak jauh. Tabahlah Nam Hyuri, ingat jasa mamat ni. Dia langsung tak mengeluh pun masa dia tolong kau.
"Baiklah tapi class saya macam mana?"
"Jangan risau, sir Namjoon dengan teacher Irene tak datang hari ni sebab khusus and saya dah cakap kat sir Chanyeol yang awak tolong saya harini. Jadi awak janganlah risau." Senyum Minkyu lagi.
"And saya tak akan suruh awak buat benda tu seorang diri. Saya pun akan tolong awak buat."
Hyuri menganguk dan terus mengikut Minkyu dari belakang sambil membawa buku dan bermulalah kerja menyusun mereka.
Semasa mereka menyusun buku, mereka juga turut berkongsi cerita dan membawang pasal pelajar disekolah itu.
"Ermmm Hyuri boleh saya tahu macam mana ideal type awak?"soal Minkyu tiba-tiba.
Hyuri terkejut dan tersenyum buat seketika.
"Ideal type saya macam Kang Minhee" jawap Hyuri tanpa berfikir panjang.
Mendengar sahaja jawapan dari Hyuri terus Minkyu teringat yang Hyuri ni memang sukakan Kang Minhee basketball sekolah mereka.
'Kenapa kau tanya soalan macam tu Kim Minkyu tapi takpelah , atleast dia semakin bersemangat' Ucap Minkyu didalam hatinya lalu tersenyum kearah gadis itu.
Semasa mereka kushyuk berbual, tiba-tiba ada seorang lelaki masuk ke library. Minkyu pergi kearah jejaka tersebut. Manakala Hyuri meneruskan kerjanya tanpa mengetahui siapa yang datang.
"Oi Minhee! Apa yang kau buat kat sini? Bukan esok kau ada perlawanan ke?" Ucap Minkyu lalu menepuk bahu Minhee kasar.
"Ouch sakitlah hyung, ni huh nak bagi air yang hyung pesan tadi. Milo ais and tea o kan?" Soal Minhee.
"Haah, thanks bro."
Hyuri yang mendengar nama Minhee terus melihat kearah mereka. Degupan jantung gadis itu semakin berdegup laju.
"Eh Hyuri pun ada? Hai Hyuri!" Ucap Minhee.
Hyuri senyum kearah Minhee sambil melambai kearahnya tanda menjawap sapaan jejaka tersebut.
"Oklah bye Hyung and Hyuri. Nanti kita jumpa lagi" senyum Minhee lalu beredar dari kawasan tersebut.
Hyuri terdiam tidak terkata manakala Minkyu sudah menahan mulutnya untuk tidak ketawa dengan reaction yang diberikan oleh gadis itu. Dia saja je nak bagi surpisre kepada gadis itu supaya dia lebih bertenaga untuk melakukan tugasan tersebut.
Thanks sebab baca 😃
Vote and Comments 😁
YOU ARE READING
[✔]ᴏʙsᴇs ᴡɪᴛʜ ʏᴏᴜ || ᴋᴀɴɢ ᴍɪɴʜᴇᴇ
FanfictionBila seorang gadis terlalu obses dengan crush dia walaupun jejaka tersebut telah digelar "Taken" oleh orang lain. Tapi disebalik mengapa gadis itu obses akan jejaka tersebut tidak siapa yang tahu. First experiment♡ Anda akan faham nanti😂 START : 1...