Prologue

20.1K 515 7
                                    

"Jom kahwin, " selamba Adwa bersuara.  Niatnya cuma untuk bergurau.  Aakiff melemparkan pandangan serius.  Adwa yakin,  rakannya itu pasti menganggapnya gila. Aakiff berpeluk tubuh sebelum bersandar tenang pada kerusi.

"Bila? "

Hampir tersembur air yang baru masuk ke dalam mulutnya mendengar soalan selamba daripada Aakiff.  Kali ini giliran Adwa pula yang memandang Aakif macam orang tak betul. Tetapi menganggap kawannya itu hanya main-main.  Adwa meneruskan sahaja.

"Bulan depan,  cuti sem, " balas Adwa tersengih.  Dia yakin semua itu tidak akan berlaku. Aakiff sekadar mengangkat bahu dan meneruskan suapan.  Topik itu terputus begitu sahaja.  Lagipula mereka berdua masih ada satu sem lagi sebelum tamat zaman degree. 

Adwa kenal aakiff.  Aakiff seorang yang bertanggungjawab.  Mana mungkin dia kahwin sebelum bekerja.

Mine (Always & Forever) ✔️ CompletedWhere stories live. Discover now