Bab 9

7.2K 415 7
                                    

Rule 9:

For when you love someone, you are willing to do anything

Adwa menggeliat malas, matanya masih terpejam. Tangan menggapai mencari telefon yang dari tadi tak henti berdering.  Siapa yang berani call pagi-pagi ni.  Bagilah orang rehat hujung minggu ni.  Dengan malas, dia slide skrin phone untuk menjawab.

"Hmm, "

"Are you still sleeping? " keluh suara dihujung talian.

"Kau nak apa? " Adwa menyoal dengan mata yang masih terkatup.

"Mama's here, "

Adwa mencelik mata cuba mencerna pernyataan itu. 

"What do you mean? "

Aakiff dihujung talian menarik nafas lemah. 

"Mama dengan Daddy kat sini.  Diorang nak jumpa kita, " Aakifd menyebut setiap perkataan satu persatu.  Adwa pantas bangkit dari tidur. Terus segar matanya yang mengantuk tadi.  Kenapa mama datang time ni??  Haa.  Nak tidur.

"Habis tu macam mana sekarang? " Adwa mula kalut. 

"Aku kat bawah,  turun sekarang."

"Hah?!! "

Dengan pantas, Adwa berlari ke tingkap biliknya.  Seperti yang dikatakan, kereta Aakiff tersadar di hadapan rumah sewa mereka.  Pak cik ni pun satu.  Bagitahulah awal-awal.  Argh! Stress.

"Lain kali pakcik.  Bagitahu esok! " marahnya sebelum menamatkan panggilan.  Tanpa berlengah,  Adwa terus mencapai tuala dan berlalu ke bilik air.  Dia mandi ala kadar. 5 minit saja yang diambil untuk membersihkan diri.  Adwa mencapai tudung yang telah siap digosok dan mencapai beg make upnya.  Dia terus berlalu.

"Woi,  teruknya muka.  Kau nak pergi mana? " Mawar yang keluar dari dapur menyoal.  Di tangannya ada secawan nescafe. Adwa bertambah gelabah. Akal mula mengorak mencari idea.

"Errmm--"

"Kenapa kereta Aakiff ada kat depan?  Going somewhere? " soal Syifa.  Tengok gaya baru balik dari gym.  Sekali lagi Adwa kelu.

"Aakiff tunggu Adwa, " balas Mawar membuatkan Adwa kehilangan kata-kata.

Syifa mengerutkan dahi. Pandangan dihala ke arah adwa yang sudah tidak senang duduk.

"Takpernah kau keluar berdua dengan Aakiff," Syifa menyuarakan kehairanannya. 

"Aku ada kerja sikit.  So,  aku minta tolong Aakiff hantarkan.  Okaylah.  Bye girls.  Apa-apa roger," untuk mengelak diri daripada disoal lagi,  Adwa terus melarikan diri. 

"Teruk betul kawan kau tu.  Tudung senget,  muka macam orang baru bangun tidur. Tu mesti sebab lambat,"
Kata Syifa sebelum duduk di kerusi berdekatan.  Lenguh badan mula dirasakan namun begitu dia puas hati.  Setelah lama tak ke gym,  hari ini dapat jugak dia melepaskan rindunya.

"Kau macam tak kenal Aakiff.  Pantang orang lambat, "

Mawar duduk di hadapan Syifa.  Cawan berisi nescafe diletakkan di atas meja.  Belum sampai dua saat, cawan mendarat di atas meja.  Syifa dengan selamba ambik dan habiskan air Mawar.

"Woi,  buatlah sendiri, "  Mawar membentak geram.

"Kau buat lagi sedap, " Syifa tayang gigi.

"Banyaklah kau, " Mawar menjeling geram.

"Tapi kau tak marah pulak Aakiff dengan Adwa keluar berdua saja, " Syifa menduga kawannya.  Hampir sahaja dia fikir si Mawar ni sebenarnya sukakan Aakiff. Harap janganlah.  Kesian si Zaid.  Kawan sendiri pulak tu.

Mine (Always & Forever) ✔️ CompletedWhere stories live. Discover now