Projek Memikat Suami 03

229 3 0
                                    

PMS 03

Seohyun Flashback

"ni 10K untuk Seo bayar hutang dengan along. Tapi Dengan duit ni Aunty betul-betul harap Seo terima Guanlin sebagai suami."Ujar Ms Lai.

Seohyun urut belakang leher. Sungguh! Dia stress nak mampus. Memang pun dia ada hutang ngan lintah darat sebab nak bayar hutang dengan pihak hospital atas perubatan appanya yang menghidap penyakit barah otak dan hutang pinjaman bank. Tapi nak bayar tu tak boleh ke dengan cara yang elok sikit. Kahwin??? Isteri??? Suami??? Nak cari mampus dengan calarkan maruahnya sendiri.

"Tapi aunty..."

"Please.... Seo satu-satunya harapan aunty. "Potong ms Lai.

"Benda ni tak boleh buat main aunty.Masa depan saya macam mana pulak nanti? Appa saya masih kat hospital. Saya kahwin takde siapa yang jaga appa saya. "

Terang Seohyun.

"Aunty akan arahkan pembantu aunty jaga appa Seo.Sekarang please, Seo kahwin dengan Guanlin.Aunty nak tengok Guanlin hidup normal macam lelaki lain. Ada isteri..anak. "Pujuk ms Lai.

Seohyun diam. Kelu lidah nak cakap. Tambah lagi duit di depannya ini. Aduuuuhhhhh

Ms Lai tiba-tiba melutut. Terkejut dibuatnya. Seohyun turut ikut sama.

"Tolong aunty Seo? "Rayu ms Lai

Seohyun mengeluh. Tak sukalah macam ni.

"Seo tak janji.. Guanlin bahagia ke tak? Seo tak janji mampu jadi isteri Guanlin ke tidak? Seo tak janji... Dapat jaga Guanlin aunty. "

Ms Lai angguk.

"cinta boleh dipupuk Seo. Aunty percaya Seo boleh. "

Seohyun senyum hambar.

*********

Whattttttttt

Seohyun garu kepala. Asal aku tak perasan pula!
Gambar ditangan ditatapnya lagi. Gambar Guanlin.

"Lai Guanlin....Lee Guanlin... "

Seohyun menghantukkan kepalanya dimeja. Nak nangis sekarang ni.

"Lee Guanlin dan Lai Guanlin ni orang yang sama. Crush aku time sekolah menengah dulu tu Lai Guanlin. Lai Guanlin yang aku nak kahwin sekarang ni? "

Dia tahu eomma dan appa Lee Guanlin bercerai selepas tamat sekolah tapi tak tau pula nama keluarga Lai yang di sandangnya.

Sob sob... Betul-betul tersirap darah kat muka. Gementar nak jumpa.. Takut nak hidup sama-sama. Erk? hidup sebumbung?? Crush yang kau puja dan obses akhirnya jadi suami dan sekarang nak tinggal sebumbung.

"kyaaaaa!!! "

Seohyun senyum manis. Gambar di tangan diletakkan di dada.

Dia suka kan Lee Guanlin. Tak kisahlah Lai Guanlin ke.. Janji budak tu budak yang dia kenal 10 tahun yang lalu.

Tapi kalau dia tak suka macam mana? Alaaa. Cinta boleh dipupuk.

Seohyun sudah angau. Tak sabar. Harap dia kenal aku lah.

Projek Memikat Suami [ COMPLETE ]✓Where stories live. Discover now