10

281 58 32
                                    

"  cukup tengok kau bahagia , aku tumpang bahagia  "
- KTN -


" Bu , hari ini kita boleh lawat Taerin kan ? Dah hampir seminggu Tae tak melawat dia . Bu , jangan seksa Tae lagi . " ibu taehyung mengeluh berat . Ikutkan hati ingin sahaja dia membawa Taehyung pergi melawat Taerin tetapi malangnya dia sendiri terikat dengan janji 'tersebut' .

" Maaf Tae sayang . Mama Taerin pesan Taerin tak mahu ingin sesiapa melawatnya buat masa terkini . Tae faham , kan ? " jawapan yang dilontarkan oleh ibu taehyung membuatkan Taehyung hilang kawalan .

Taehyung menumbuk dinding berkali - kali sehingga tangannya mengalirkan darah . Ibu taehyung dengan segera memegang tangan taehyung untuk menahan diri anaknya untuk berkelakuan demikian .

" Tae , jangan macam ni . Kalau Tae macam ni , macam mana nak jumpa Taerin ? Kalau Taerin tahu mesti dia - "

" - mesti dia tak nak jumpa Tae ? " ibu taehyung terdiam seketika sebelum bertindak memeluk anaknya . ' Ya Tuhan , kau permudahkan segala urusan anakku , Taehyung ' .

" Tae , Taerin sebenarnya nak - " deringan telefon rumah yang jelas kedengaran di ruang tamu membantutkan ibu taehyung untuk meneruskan kata - katanya . Telefon yang berdering itu lantas diangkat dengan segera oleh ibu taehyung .

Setelah beberapa minit ibu taehyung mengangkat telefon , ibu taehyung kembali berkata " Taehyung , Taerin nak jumpa kamu "

•  •  •  •  •

Taehyung ' s

Aku melajukan langkahku menuju ke bilik yang menempatkan Taerin . Sedang aku bergegas ke bilik Taerin , bahuku dilanggar oleh seseorang wanita .

" Encik maafkan saya " fail yang bertaburan di lantai aku kutip untuk memudahkan urusan wanita tersebut . " Lain kali jalan pandang depan bukan pandang lantai " aku pelik . Aku yang dilanggar tapi kenapa aku juga yang dimarahi ?

" Puan , ini fail pu - Taerin ? " alangkah terkejutnya aku apabila wanita yang di hadapan aku sekarang ini Taerin . Taerin dah sihat ke ? Tapi bila ? Pelbagai soalan berligar - ligar di dalam kepala aku .

" Hello ! Taerin ? Maaf kau dah salah orang . By the way , terima kasih tolong aku kutip fail aku . Bye " aku tersentak daripada lamunan setelah ditegur oleh seseorang jururawat yang kebetulan lalu di kawasan tersebut .

Aku terus meneruskan perjalanan ke bilik Taerin . Betul juga kata wanita tadi takkan la dia Taerin . Taerin pun tak pernah pakai baju yang tak cukup kain seperti itu . Sempat lagi aku mengutuk wanita tersebut .

no one ' s

" TAERIN ! ! " Taehyung terus memeluk Taerin daripada belakang . Bibirnya tidak lekang daripada tersenyum lebar . Taerin yang berada di kerusi roda mula berasa rimas .

" Aku rimas Tae . Eh tepi ! " Pelukan erat daripada Taehyung lantas sahaja ditolak kasar . Taerin memusingkan kerusi rodanya menghadap Taehyung lalu tersenyum .

" Miss me , huh ? "

" Ye , aku rindu kau Rin . Rindu sangat hiks - " air mata Taehyung mengalir deras . Jujur hatinya sangat rindu akan sahabatnya , Taerin . Taehyung melutut di hadapan Taerin agar dapat menyamai ketinggiannya dengan Taerin . Leher Taerin ditarik mendekati wajahnya .

" Aku rindu kau , Kim Taerin " nada separa berbisik dilantunkan oleh Taehyung mampu membuatkan jantung Taerin tidak keruan . Dagu Taerin pula ditarik agar matanya bertemu dengan mata Taehyung . Taehyung tersenyum seketika sebelum dia mula mengucup dahi Taerin .

Lama .

Taerin terus diam bagaikan dirinya membeku di situ . Taehyung tergelak kecil apabila melihat reaksi Taerin kerana pipi Taerin mula merona merah .

" Hehe suka ke aku cium dahi kau ? "

" Tch ! Kau fikir aku terkesan dengan taktik kau ? Tolong la aku Kim Taerin , okay " tapi jelas dalam hatinya dia benar - benar malu apabila mendengar persoalan Taehyung tadi .

" Yelah " mereka berdua tertawa mesra sekian lama tidak bertemu . Rindu ? Ye , kedua - duanya rindu .

' Kim Taehyung , maafkan aku '











Sorry late update "( Wattpad buat hal "(

 [ C ] SORRY 》KTH Where stories live. Discover now