1°° Gunung

167 24 8
                                    


Gunung Halla, Jeju

Seorang gadis berlari ketakutan. Binatang buas yang mengejarnya dari belakang dikerling seketika sebelum dia meneruskan larian.

Binatang apa ? Dia sendiri pun taktahu, seperti serigala putih tetapi tiada bulu

Baru sebentar tadi dia bersama rakan rakannya mendaki gunung tetapi sekarang mereka terpisah.

Gadis kecil itu mempercepatkan larian, nasib tidak menyebelahinya. Dia jatuh tersampuk diatas batu besar. Darah yang mengalir dibiarkan, digigihkan jua diri untuk bangun

Kepalanya berpinar pinar tetapi dia tetap meneruskan larian. Tidak sampai beberapa saat, dirinya jatuh pengsan dan sekali lagi nasib tidak menyebelahinya kerana dia terus jatuh kedalam gaung





~~~~~~~~~~~




Gadis itu terjaga dari pengsan yang lama. Tangannya menggosok gosok kedua belah bahunya kerana suhu yang agak sejuk. Kaki melangkah untuk melihat kawasan persekitaran

Tangannya terpegang dress merah yang tersarung elok dibadan. Seram sejuk dibuatnya, bila masa dia tukar pakaian? Bukankah tadi dia pakai tshirt dan tracksuit?

Tattoo naga di lengan kirinya juga diusap seketika, macam mana tattoo ni boleh dicacah di tangannya ? Sedangkan dia tak pernah ada tattoo

Dia menepis segala fikiran fikiran peliknya dan meneruskan langkah kehadapan

"Langit warna merah? Aku kat mana ni?"

Langkah diteruskan lagi kabus kelabu menghalang pandangannya dari terus melihat persekitaran. Terpaksalah gadis kecil itu meredah kabus itu dulu untuk melihat keberadaan dirinya

"A-aku kat mana?"

Mulutnya ditekup menggunakan tangan, terkejut dengan pemandangan yang dia lihat melalui matanya sendiri

Langit dan sungai berwarna merah , pokok dan rumput berwarna hitam seolah olah hangus dibakar oleh api

"Tempat apa ni ?"

Kaki gadis itu laju melangkah ke bawah pokok apabila dia melihat dua ekor binatang terbang di langit merah gelap itu.

"Na-naga? Seriuslah dekat bumi ada naga? Aku dekat mana ni? Aku dah meninggal ke? Umph!!!!!"

Mulutnya ditekup oleh seseorang dan dia terus pengsan buat kali kedua

~~~~~~~~~~~~



"Siramlah air tu"

"Kau gila ke bangang?"

"Tunggu jelah dia bangun ,korang ni"

Suara garau beberapa orang jejaka menyebabkan gadis tadi terjaga dari pengsan

Jamie Park, Nadir V dan Percy Kim memandang gadis itu ,menunggu gadis itu berbicara

"YA TUHAN! SETAN!"













Tbc.

Votes and comments❤

(OG) Save Us |BTS|Where stories live. Discover now