Part 1

3.6K 70 0
                                    

LAPORAN yang diterima buat aku terkesima. Hati bagai dihenyak konkrit. Hancur. Bibir bergetar tanpa kata.

Tanpa sedar kaki melangkah keluar dari bilik berdinding putih. Meninggalkan doktor muda yang terus memanggil namaku.

Fikiranku terlalu berserabut ketika ini. Jalan di hadapan mata terasa kabur. Entah bila air mata bisu mengalir tanpa kupinta. Membasahi wajah. Kubiarkan sahaja.

Kenapa? Saat aku cuba menggapai bahagia, berita duka yang kuterima. Aku tertawa sendiri. Takdir apakah ini? Kenapa sehebat ini dugaan yang hadir?

Saat ini hanya seraut wajah bermain di mata. Wajah kacak yang memberi cahaya dalam hidupku yang sentiasa kelam.

Tidak tahu bagaimana mahu mengkhabarkan berita ini. Tidak pasti reaksi yang bakal kuterima dari lelaki itu.

Sedihkah? Kecewakah? Atau pergi meninggalkan aku sendiri? Membiarkan aku melalui semua ini seorang diri.

Mungkin itu lebih baik. Biar derita ini kutanggung sendiri. Tak perlu menyusahkan sesiapa. Tak perlu mengheret si dia dengan tragedi hidupku.

Aku yang bodoh. Aku sangka hidup akan berubah. Siapa sangka takdir tidak membenarkan aku mengenal erti bahagia.

Hujan air mata kian lebat membasahi wajah. Impian? Harapan? Semua itu tidak bermakna lagi!

NAFAS TERAKHIR ~ CerpenWhere stories live. Discover now