04; IC

227 9 1
                                    

    AKU mundar-mandir di dalam kamarku sendiri. Serabut fikit pasal handbag aku yang tertinggal di dalam kereta Daniel. Ya Allah, Ilya.. kenapa kau bodoh sangat?!

    Tubuh aku hempas di atas katilku yang memang muat-muat hanya untuk aku seorang. Dah semalaman handbag aku ada di tangan Daniel dan sudah semalaman jugalah aku mematikan handphone ku sebab aku tahu Daniel pasti akan menelefonku. Tak, sekarang ni aku mesti fikirkan cara untuk ambil handbag aku tanpa bertemu dengan Daniel. Tapi macam mana? Mustahil!

    "Ilya! Buka pintu ni woi!"

    Pekikan dari Nabilah yang berada di luar bilik menghentikan pergerakanku. Dengan pantas aku bangun dan berlari cemas ke arah pintu sebelum pintu bilik aku buka. Kelihatan wajah Nabilah yang tak pernah-pernah nak cemas tapi sekarang memang cemas.

    "Kau kenapa ni? Ada orang nak culik kau ke?" Aku menyoal risau. Kot-kotlah ada orang yang ikut Nabilah balik rumah.

    "Lebih kurang macam tu weh! Dekat luar tu ada kereta dari semalam lagi aku perhati dia park depan rumah kita. Aku takut weh!"

    "Jap jap, kau kenapa tak kerja hari ni? Hari ni kan Isnin?"

    "Hesy, itu tak pentinglah! Aku sembelit jadi aku minta cutilah! Yang kau ni kenapa pulak tak kerja?" Giliran Nabilah pula menyoal. Aku sengih sumbing.

    "Aku senggugut, weh. Tak tahan," Senggugut apa benda, aku je elok solat Subuh tadi. Aduh, maafkan aku Nabilah kerana telah membohongimu.

    "Apa-apa je lah! Sekarang ni kau kena tengok kereta kat bawah tu. Aku dah gelabah sangat dah ni, Ilya."

    "Okay okay, kau relaks jap. Jom turun." Aku menasihati Nabilah agar bertenang walaupun aku sendiri sudah menggigil. Bayangkan masa kitaorang turun bawah tiba-tiba ada lelaki berdiri dekat sofa sambil pegang sabit?

    Seriau doh!

    "Tu hah, kau tengok tu."

    Aku mengintip kereta yang Nabilah maksudkan melalui tingkap. Nasiblah ada langsir jadi tak nampak. Kereta Lamborghini berwarna silver. Bukan lagi macam kenal tapi memang kenal pun! Tu kereta Daniel!

    "Err.. Nabilah. Aku rasa kau tak payah risaulah." Aku sengih sambil garu kepala yang tak gatal.

    "Kau gila tak risau?! Kereta tu dari semalam kot dekat situ!"

    "Relaks sikit boleh tak? Err.. sebenarnya tu kawan aku." Perlahan-lahan aku menuturkan ayat itu.

    "What?! Kawan kau? Sejak bila kau ada kawan bawak kereta mahal macam tu? Siap bermalam depan rumah kita lagi."

    Huarghh! Aku tak tahu macam mana nak jelaskan pada Nabilah sekarang. Takkan aku nak kata yang kat luar tu bakal laki tak jadi aku. Boleh pitam seminggu Nabilah.

    "Percaya je lah. Kejap eh? Kau pergilah tandas, kata sembelit." Aku lontarkan senyuman kelat sebelum berlari naik ke bilikku.

    Handphone berjenama Vivo itu aku hidupkan. Lepas saja handphone itu hidup semula, bermacam-macam notification yang masuk. Aku membuka aplikasi panggilan dan melihat log panggilan.

    18 misscalled from Daniel

    Aku ketap gigi. Mamat ni memang gila, sampai 18 kali dia call aku. Kini aku beralih pula pada aplikasi Whatsapp. Berbagai macan chat dari group sekolah, restoran tempat aku kerja, Aleesya dan Daniel. Habis mamat tu spam aku sampai beratus mesej dia send!

Drama QueenWhere stories live. Discover now