" Ara, lepas habis sekolah nanti uncle yang jemput okay? " kata papa sebaik sahaja menghabiskan secawan kopi yang dibancuh oleh mummy.
" Okay. But why papa tak jemput? " soal aku untuk kepastian.
Papa diam sejenak. Sepertinya sedang memikirkan sesuatu. Kerusi disebelah aku ditarik, lalu diduduk oleh Arman.
" Papa ada meeting. That's why uncle yang tolong jemput Ara. " Aku cuma mengangguk mendengar jawapan dari papa.
Sepinggan nasi lemak berlaukkan ayam goreng dihulurkan kepada aku. " Thanks mum. " Belum sempat aku menyuap nasi lemak ayam itu ke dalam mulut, telefon aku mula berdering.
Mata aku memandang skrin ip, lalu membiarkan sahaja deringan itu berdering. " Angkat lah, bising. " kata Arman, adik aku.
" Tak mau.." Deringan tadi sudah terhenti. Aku mengeluh perlahan.
" Mika call? " soal papa. Aku mengangguk perlahan tanpa memandang wajah papa.
" Kenapa tak angkat? Gaduh lagi? " duga papa lagi akan kebenaran yang sedang berlaku diantara aku dan Mikael Arwish.
Aku mendiamkan diri, menghabiskan nasi lemak ayam tadi tanpa bicara. Suasana di meja pagi ini bagi aku sangat biasa.
Selesai makan, aku dan Arman menyalami tangan mummy sebelum berangkat ke sekolah yang dihantar oleh papa.
Kedua belah pipi aku dicium oleh mummy. Walaupun mummy bukanlah ibu kandung aku, tetapi aku tetap mendapat kasih sayang seorang ibu dari mummy.
Mama telah tinggalkan aku dan papa lebih kurang dalam lima belas tahun yang lalu. Kerana seorang lelaki lain, mama tinggalkan papa.
Kini, aku tidak pasti dimana mama berada. Walaupun mama tiada bersama aku, aku tetap menyayangi mama.
' Mama, Ara rindu mama. '
Pintu kereta dibuka, dan tempat dihadapan bersebelahan dengan tempat papa diambil oleh aku. Sebaik sahaja papa memasuki perut kereta, aku membetulkan sedikit tudung yang sudah agak ronyok.
" Ara habis kelas pukul berapa? Senang lah papa bagitahu uncle nanti. " soal papa akan waktu kelas aku tamat.
" Ara tak sure lagi pa, risau cikgu nak buat kelas tambahan nanti. " Papa mengangguk faham. Anak mata papa menacap ke arah cermin depan, cuba mencari kelibat Arman ditempat duduk belakang.
" Arman balik dengan siapa? Kawan atau dengan uncle? " giliran Arman pula disoal.
" Tak tahu lagi lah pa. Nanti lah Arman bagitahu kakak. " balas Arman. Papa mengangguk.
" Papa, boleh Ara tanya sikit? " Anak mata aku mencari kelibat Arman. Sebaik sahaja anak mata aku bertemu dengan anak mata Arman, Arman menaikkan kedua belah keningnya.
" Boleh, silakan. "
" Lelaki ni actually diaorang nak apa papa? " Aku memulakan perbualan dengan papa.
" Maksud Ara? Nak apa tu apa? " soal papa semula. Aku melepaskan keluhan panjang.
" I mean, bila gaduh ni apa lelaki nak sebenarnya? Kita dah pujuk, dia still tak layan. Bila kita dah fade up, dia pula cari kita kononnya nak memujuk. Bila kita dah okay, dia buat hal lagi. " Luah aku apa yang sedang berlaku diantara aku dengan Mika.
" Dramatic ya? "
" Aduh! Aduh! " adu papa setelah lengannya dicubit oleh aku. Geram tau!
" Okay okay sorry lah, papa saja je tu. "
Aku tersengih sengih kerana Arman juga mendapat habuan kerana mentertawakan aku.
" Lelaki ni kan Ara, dia tak macam perempuan. Perempuan ni sangat sangat complicated. Itu tak kena, ini tak kena. Tapi lelaki ni ibarat Ara bagi satu permainan vidio and then dia akan setia dengan permainan itu je. Perempuan pula, kalau dah rasa ais krim perisa vanila, dia mesti akan rasa pula ais krim perisa coklat. "
YOU ARE READING
The Beautiful Memory Of You
RandomSetelah pertunangan Nur Ara dan Mikael Arwish terputus dek kerana perangai lama Mikael Arwish muncul, Nur Ara membawa diri ke Switzerland. Pertunangan yang baru usia setahun itu telah diputuskan oleh Nur Ara dalam keadaan yang sangat marah. Pada aw...