ten

553 84 38
                                    

Get prepare, Wauthormelon nak spam update ni 🙈💜

🍉🍉🍉🍉🍉

𝑬𝒏𝒈𝒍𝒊𝒔𝒉
𝑪𝒉𝒂𝒑𝒕𝒆𝒓 10


Buat kesekian kalinya, memori 5 bulan lalu masih terngiang-ngiang dalam benak fikiran. Namun, kenangan itu tidak terbawa-bawa ketika menjalani peperiksaan KUET 3 bulan lalu, nasib baik.

Sejujurnya bagi Ryoona, pengalaman menghadapi peperiksaan besar sebegini amat mencabar lantaran ianya merupakan peperiksaan bahasa Inggeris, tambahan pula jangka masa peperiksaan ini sangat panjang dan berlarutan hingga ke petang.

Ryoona mula tersengih sendirian, mengingatkan kenangan di saat itu dimana Namjoon tidak dibenarkan memasuki dewan peperiksaan lantaran lupa membawa kad pengenalan. Namun, ketegangan dapat dineutralkan setelah Puan Kim bertindak menghadiri sekolah untuk memberi semula dokumen penting itu pada anak lelakinya. Try hard sangat tu sampai terlupa semua benda.

"Ryoona, kamu dah bersiap ke belum?" segera Ryoona kembali berpijak pada dunia realiti tatkala dirinya mengelamun di hadapan meja solek.

"Nae, eomma" tergopoh-gapah dia mengoles gincu pelembap pada bibir mungilnya.

Pandangannya teralih pada cermin besar di hadapan. Disebabkan pakaian yang disarungkannya cukup elegan dan tampak feminin, tubuhnya sengaja digayakan seperti model.

"You look so gorgeous, Ryoona!" tuturnya bangga sebelum beredar keluar dari kamar tidur.

Tujuan utamanya menghadiri malam prom mengkhabarkan berita mengenai dirinya pada Namjoon.


❛ ━━━━━━・❪ ❁ ❫ ・━━━━━━ ❜

Suasana malam prom cukup gamat ditambah pula dengan kehadiran pelajar-pelajar yang sudah tamatkan pengajian di sekolah ini.

"Woah korang tengok Kookie dan Jinnie kita, bukan main hebat dorang sekarang" bicara Toongi sambil mengibas-ngibas tangan, menyuruh mereka yang melihat gelagat dua sahabat mereka.

Jungkook kini berada tengah pentas tari bersama pasangan, Rachel Jihye Moon yang jelita wajahnya. Manakala Seokjin menari bersama Kang SeonAh, gadis yang dia temui semasa menyertai perkhemahan. Mereka menggerakkan tubuh seiringan dengan muzik ala-ala tango, fantastico!

Mereka melihat Jungkook dan Seokjin mula kagum melainkan,

"Emm untunglah budak gigi arnab dengan budak kuali pink tu ada awek, kita tiga orang lil meow meow pun tak ada pasangan tari menari" tutur Suga mengendur, seperti menyesal menghadiri malam prom ini.

Salah orang kembar Min memandang seorang gadis dengan kerdipan comel.

"Kau ni dah kenapa pandang-pandang macam tu? Ni mesti nak ajak aku menari" tebak si gadis bersuara kasar. Agust D sekadar melemparkan pandangan penuh mengharap.

"Hm, daripada aku berpasangan dengan abang sendiri, baik aku pergi menari dengan Jimin oppa" ujar Yoonji kedengaran menyampah sebelum dipimpin Jimin untuk ke pentas tari.

"Korang tengok, Yoonji yang perangai kasar tu pun ada pakwe" Agust D mendengus kecewa lalu meneguk minuman berperisa lemon.

"Tu la kan? Em- kita teman sajalah DJ kat sana? Kurang sikit rasa lonely tu" usul Toongi berhasil setelah mendapat anggukkan daripada adik-beradik kembarnya.

Mereka bertiga bingkas berdiri dari tempat duduk. "Weyh Seok, Joon, Tae. Kitaorang nak pergi sana tau" pamit mereka sebelum menghayun langkah ke tempat DJ.

Hoseok, Namjoon dan Taehyung sekadar mengangguk sekilas sebelum meneruskan perbualan. Namun sembang mereka kembali tertangguh berikutan Hoseok mula memerhati seseorang.

"Tae, tengok ex kau. Fuh makin berlambak pakwe ajak dia menari" Hoseok menjuih hujung bibir, seperti menyuruh Taehyung untuk melihat situasi di sana.

Dari pengamatan Taehyung, bekas kekasihnya galak menari bersama jejaka-jejaka lain, berbulu mata dibuatnya.

Gelas kaca diteguk terus dihempas geram di atas meja. "Aku pergi duduk luar yer" pamitnya sebelum bergegas keluar dari dewan, seperti tidak tahan melihat insiden tadi.

"Seok, Himawari masih tak dijumpai lagi ke?" soal Namjoon bernada risau. Hoseok membalas persoalannya dengan gelengan kecil, tampak sedih akan kehilangan buah hatinya.

Mana tidaknya, sudah sebulan lebih Nohara Himawari menghilangkan diri tanpa khabar berita. Entah ke mana dirinya sekarang.

"Aku pasti dia akan dijumpai tak lama lagi" Namjoon menutur sebegitu cuba menyakinkan Hoseok, namun dalam dirinya tidak pasti Himawari akan ditemui pada masa terdekat.

Hoseok sekadar senyum nipis sebelum lirikan mata teralih pada seorang gadis yang berpakaian cukup menawan.

"Namjoon, girlfriend-to-be kau dah datang, pergi ajak dia menari. Alang-alang tu, melamarlah sekali dia tu" tubuh sasa Namjoon ditolak Hoseok, seolah-olah menghalaunya.

"Tak guna kau, Seok" jejaka berlesung pipit berdecit geram sebelum membuka langkah mendekati si gadis yang terpinga-pinga di tengah-tengah dewan.

🍉🍉🍉🍉🍉

English bakal menutup tirainya tidak lama lagi, adios 🤖

【✔️BTS】𝑬𝒏𝒈𝒍𝒊𝒔𝒉 • 𝓚𝓲𝓶 𝓝𝓪𝓶𝓳𝓸𝓸𝓷Where stories live. Discover now