Aku adalah Kamu

10 0 0
                                    

Sampai bila mahu berfikir tentang orang lain sahaja? Selama ini, telah banyak pengorbanan dari kamu untuk mereka, termasuk hatimu sendiri. Namun adakah mereka menghargainya? Segala kebaikan yang dilakukan hanya seakan debu yang ditiup angin.

Kamu fikir mereka akan sentiasa ada untukmu? Mungkin akan ada waktu senang & gembira. Tetapi di waktu susah, sedih & murung? Ya, pasti saja mereka boleh berkata "akan ada". Tetapi kamu yakin? Kamu boleh meramal masa depan mu? Tidak kan? Sudah berapa ramai yang pernah berjanji untuk selalu ada, tetapi akhirnya pergi? Terlalu ramai.

Kerana itu kamu tidak harus meletakkan kepercayaan & harapan yang terlalu tinggi terhadap manusia. Sebaiknya kamu lebih memikirkan tentang masa depan, kebahagiaan & kehidupan mu sendiri. Belajar lah hidup sendiri. Belajar lah jatuh & bangun sendiri. Kerana pada akhirnya, semua pasti akan meninggalkanmu. Mati juga sendiri. Jadi, ingatlah pesanan ini hingga akhir nafasmu. Tiada siapa yang bisa mengerti kamu seperti aku. Percayalah, aku lebih mengenal dirimu, kerana Aku adalah Kamu.

HanWhere stories live. Discover now