Part Akhir

3.7K 35 3
                                    

         Cuti study week sudah bermula. Memandangkan peperiksaan akhir bakal berlangsung tidak lama lagi, maka pihak universiti memberikan para pelajar cuti selama seminggu. Para pelajar akan menggunakan cuti ini untuk mengulangkaji pelajaran. Cuti selama seminggu ini besar pengaruhnya kepada pencapaian para pelajar. Para pelajar yang berhajat mendapat Anugerah Dekan pasti akan menggunakan cuti yang diberi ini dengan sebaiknya seperti mengulangkaji pelajaran, membaca nota-nota, membuat soalan-soalan peperiksaan semester lepas dan belajar secara berkumpulan. Bagi pelajar yang targetnya hanya ingin lulus semua subjek sahaja, mereka akan menggunakan cuti ini dengan oline facebook, keluar bersiar-siar dan tidur sepanjang hari. Aku tergolong di dalam golongan yang kedua itu. 

       Aku mencelikkan mata. Jam sudah menunjukkan pukul 3 petang. Aku baru hendak bangun. Kudi pula aku lihat masih tidur. Terasa sangat malas hendak bangun dan seperti belum puas tidur. Masakan tidak cukup tidur, pukul 7 pagi tadi baru aku tidur. Malam tadi aku habiskan dengan melayari facebook, bermain games dan juga download cerita-cerita melayu.

      Aku bangun dengan perut yang lapar memandangkan aku belum makan pada hari ini. Aku turun ke bawah. Suasana agak sunyi. Aku pelik memandangkan tiada satu kelibat manusia pun di bawah.

"Mana pulak diaorang ni semua pergi?"

    Aku naik semula ke atas. Aku cek semua bilik-bilik di atas, semuanya kosong. Kini hanya tinggal aku dan Kudi sahaja di dalam rumah ini. Aku mengejutkan Kudi.

"Kudi, mana budak-budak lain pergi?"

"Diaorang semua balik kampung, kan dah study week" Kudi menjawab dalam keadaan masih lagi tertidur. Rupanya hanya tinggal aku dan Kudi sahaja di rumah sepanjang study week ini. Teruk juga dugaan yang aku terima ini. Memandangkan aku sudah bangun, aku mengambil keputusan untuk mandi dahulu. Perut juga sudah mula berkeroncong. Selesai mandi, aku melihat kearah jam yang tergantung di dinding. Sudah 3.30 petang.

"Mana nak cari makanan time macam ni?" aku berbisik di dalam hati. 

Sudah agak lewat sebenarnya untuk keluar mencari makan tengah hari kerana hari sudah hampir petang. Tiba-tiba aku teringat bahawa hari ini ialah hari Sabtu. Maka, ada pasar malam di Shah Alam 2, jadi aku berfikir, lebih baik aku membeli makanan di sana nanti. Banyak pilihan. Sementara menunggu peniaga membuka gerai mereka di tapak pasar malam itu, aku membuka laman facebook terlebih dahulu. Tidak ramai yang online, mungkin ramai diantara mereka yang masih di dalam perjalanan untuk pulang ke kampung masing-masing. Bosan dengan facebook, aku beralih kepada game. Aku membuka game Pro Evolution Soccer yang sememangnya menjadi kegilaan aku. Boleh dikatakan aku agak handal juga bermain permainan ini. Sudah banyak kali aku kalahkan Kudi di dalam permainan ini. Memandangkan Kudi masih lagi tidur, aku bermain berseorangan.

Sedang aku rancak bermain permainan Pro Evolution Soccer ini, handset aku berbunyi. Ada mesej yang baru diterima. Mesej daripada Fatin. Apa pula yang dikehendaki oleh Fatin ini?

"Salam Zam, ada dekat mana tu?" mesej daripada Fatin.

"Wasalam Fatin, saya ada dekat Puncak Alam ni, kenapa Fatin?" aku membalas.

"Eh awak tak balik ye study week? Ha kalau macam tu boleh la" Fatin membalas kembali.

"Hah, apa yang bolehnya tu awak?" aku sedikit pelik usai membaca mesej daripada Fatin.

"Hahaha, boleh la pergi pasar malam petang ni, kan Zam kan, hihihi"

"Owh pergi pasar malam, hahaha boleh takde hal, saya pon tak makan lagi ni"

"Eh tak makan lagi ke, ha kantoi, ni mesti baru bangunkan, hihihi" Fatin cuba mengusik aku.

"Hahaha, lebih kurang la, ok set ye, nak jumpa dekat mana nanti?"

Kenangan di PuncakWhere stories live. Discover now