Langit kian membiru cerah
Fajar kizib tadi halus merisik khabar
Hai, Sang Pentas Hati, wartakanlah rasamu
Tengkarapkanlah tekad pedih semalam itu untuk sang pelangi yang telah sirna
Benar perjalanan ini melelahkan
Mahu harungi juga likunya peritnya meski tidak terdaya
Menunggumu sejak kelahiran ini amat memenatkan
Mencarimu juga hasilnya tidak kelihatan
Nanah telinga menelan persoalan rencah hidup yang dianggap maknawi
Bentak jiwa dalam cuba pamerkan belah baiknya rencah itu
Kau, tetap tidak kutemu.
Bukankah aku watak utama dalam pentas hidup ini?
Bukankah watak utama itu harusnya gah di mata dunia bersama kekasihnya?
Kau, tetap tidak kutemu.
Selak lembaran kitab mencari dasar baharu untuk jiwa
Cengki, tidak semua watak utama perlukan kekasih untuk tiba ke hujung cerita
Termangu sendirian itu tidak melanggar hukum Pemilik Abadi, lalu diri bukanlah pendosa hakiki
Cengki, diri tidak bersalah sama sekali andai kau tidak kutemu
Kerna, jalan setiap kita tidak sama.
Meski penat, meski dicerca kerana sendiri
Aku akan terus melangkah
Satu harapan tipis diri
Andai diizin Pemilik Abadi untuk kita ketemu di atas jalan ini
Pinanglah aku dengan sir mu.
Mira Ishak,
17 Januari 2020.
Selangor.
YOU ARE READING
Puisi
PoetryKumpulan puisi yang ditulis. Harap hormati karya orang lain. Terima kasih.