kenapa kita susah nak move on?
macam mana nak move on?kenapa susah nak move on?
-kata kunci untuk move on, adalah redha. bila kita redha, inshaa allah semuanya akan jadi mudah dan tenang dan kita akan tidak rasa lagi rindu, sakit atau apa apa bila kita dah move on
-nak ingat pada dia, ingat lah, tapi kita kena ingat,dia pergi kerana hikmah, yang datang ini mungkin hikmah yang lebih baik untuk kita
-cuba belajar dari kesilapan, jika dia pergi kerana salah kita, maka belajar supaya tidak buat salah dan jadikan diri jadi lebih baik
-memori itu sekadar mainan hidup, mengajar erti hidup, ajar macam mana kehidupan, biarkan memori lama tu pergi, walaupun pahit, kena sentiasa redha, bila kita redha, inshaa allah benda yang lebih baik akam datang pada kita bila bila masa saja
-bila rindu, tadah tangan, doa. ya klishe tapi ini saja pengubat rindu kita pada dia.takda cara lain, takkan kita nak pergi sergah rumah dia pulakkan? maka doa lah, dapat juga pahala free
-bila kita sedih, automatik akan menangis kan? jadi nangis lah bila sedih, tak salah disisi undang undang pun. kalau ia sakit maka ia tetap sakit pada kita kan? takda tempat luah, menangis adalah luahan kita
YOU ARE READING
• LIFE QUOTE / KATA KATA KEHIDUPAN •
Randomjika anda sedih, klik sini, jika anda murung, klik sini jika anda ceria, pun klik sini juga (๑ ิټ ิ) -bukan cerita, hanya quote untuk kawan kawan dan diri sendiri sahaja ❤️