New House,New life

7 1 0
                                    

Setelah menandatangani beberapa kontrak perjanjian dan wang dibayar secara tunai.Lia dihantar oleh pasangan suami isteri itu ke rumah barunya.Alangkah terkejutnya Lia apabila melihat rumahnya,sewaktu membeli rumah itu tadi dia ingatkan rumah itu sekadar rumah tradisional Korea seperti yang selalu dilihatnya di TV.

Tetapi jangkaannya meleset,apabila dilihat rumahnya ialah rumah empat tingkat (3 tingkat atas dan 1 tingkat bawah tanah) dan 2 kali ganda lebih besar dari rumahnya di Malaysia.

Setelah memasukkan semua barangnya ke rumah barunya itu Lia berkejar untuk menunaikan solat zuhur,Lia tidak berasa was-was untuk solat di rumah itu kerana penghuninya yang dulu ialah Korean Muslim.

Malah sejak pasangan suami isteri itu berpindah ke Gwangju,rumah itu tetap dibersihkan oleh orang upahan mereka sementara menunggu pembeli yang akan membeli rumah itu.

Usai solat zuhur,Lia mengemas barang-barangnya,Lia merancang selepas solat asar di mahu keluar untuk membeli sedikit barang dapur.

Skip

Usai solat asar Lia terus keluar untuk membeli belah.Dalam perjalanan pulang kerumah,Lia tidak terus balik kerumahnya tetapi dia bersantai di Sungai Han untuk mengambil angin petang.

Lia duduk dibangku kosong yang disediakan untuk pengunjung yang datang kesitu.Lia mengeluarkan Iphone 11 pro dan sim card yang sempat dibelinya di airport tadi.

Dia segera mengeluarkan sim card Malaysianya lalu ditukar ke sim card Korea.Lia menghidupkan iphonenya lalu di screen iphone itu terpampar jelas gambar Lia dan ibunya.

Lia kuatkan hati lalu dia membuka telefonnya menukar wallpaper tadi kepada gambar tujuh orang lelaki yang sentiasa ada dengannya dikala susah dan senang.

Bersambung.....

8th Members Of BTSWhere stories live. Discover now