P R O L O G

55 2 0
                                    

Setiap cerita ada akhirnya dan setiap buku ada helaian terakhirnya.

Kotak disusun di tepi dinding dengan kemas. Qash bangun dari cangkung dan memandang sekeliling biliknya yang sudah siap dikemas. Akhirnya, Sebuah senyuman terlakar di bibirnya jua.

Senyuman yang sukar untuk dia tafsirkan.

Dia berjalan kearah katilnya dan duduk dilabuhkan di situ. Dia mengeluh perlahan.

Dia cuba selarikan nafasnya semula. Rasa lelah selepas mengemas barang-barangnya masih belum hilang.

"Rasanya dah ready semua barang"

Dia memandang sekeliling bilik tidurnya. Rasa sebak pula nak tinggalkan bilik yang telah dihuni dirinya sejak kecil lagi. Kini dia akan berpisah jauh malah mungkin selamanya dengan bilik ini. Dia membut keputusan untuk berpindah ke jepun bagi mengusahakan perniagaannya.

Pandangannya dijatuhkan kearah laci yang berada di tepi katilnya. Lemah tangan dibawa membuka laci itu.

"Ah, im almost forget about you." katanya sebelum sebuah buku nota menyapa pandangannya.

Tanpa sedar air mata yang cuba ditahan dari tadi perlahan-lahan membasahi pipi.

Tangan dibawa ke dada. Cuba memujuk hatinya. Rasa sayu saat memori kembali memutar dalam ingatan. Buku nota itu dipeluk erat. 

Memori tentang si dia yang sudah pergi. Pergi jauh yang takkan kembali.

" ya allah..." rintihnya perlahan. Dia beristighfar cuba menghilangkan sedih di hati. Namun hatinya seolah-olah lelah. Lelah untuk pura-pura yang semuanya baik-baik sahaja. Lelah untuk menjadi kuat. Lelah menahan rindu. Lelah untuk mengikhlaskan dan hatinya lelah untuk melepaskan.

Setahun sudah berlalu tetapi terasa seperti baru semalam dia kehilangan cintanya.

" I don't think I can...." kepalanya ditunduk.

Seminit kemudian...

"Sorry... I can't..."

setitis demi setitis air mata jatuh menyembah lantai. teresak-esak dia cuba menahan tangis.

dadanya dipegang. entah mengapa hatinya rasa sayu, sakit, hatinya sangat pedih...

" Qash, awak kuat kan?"

suara itu... seperti dapat dia dengari. Bibir pucat itu sedang tersenyum kearah nya.

" Qash, lain kali jangan nangis macam ni."

Si dia masih dapat dia lihat. Imej Gadis itu masih ada, masih segar di mindanya. Namun, gadis itu tiada.

Bagaimana boleh dia melupakan semua itu? Tolong ajarkan kepada dia. Bagaimana untuk terus hidup tanpa gadis itu?

Rindu. Beratnya menanggung rindu pada yang sudah tiada.

" Qash, apa pun yang jadi. Awak kena reda, ikhlaskan semuanya okay? Awak ajar saya untuk ikhlas. Jadi awak pun mesti boleh buat."

Sekali lagi satu-persatu daripada pesanan terakhir si dia mengetuk ingatannya.

Wajah itu seolah-olah dapat dia lihat. Wajah yang sedang tersenyum sambil memandang ke arahnya. Ya Allah...

ingin sahaja dia meraung sekuat-kuatnya. sungguh, aku tak kuat allah. aku tak kuat untuk melalui kehilangan ini.

"Janji itu dibuat untuk ditepati. Awak janji dan awak kena tunaikan. tak jantan lah kalau qash nangis kan?"

Sekali lagi bibir itu melakar satu senyuman.

Senyuman terakhirnya.

LAST CHAPTERWhere stories live. Discover now