1 | BALIK KAMPUNG
"Ugh, penatlah ish" Rungut Hisya kakak sulung Hasya sambil tangannya lincah memasukkan bag pakaian mereka ke bonet kereta.
Memandangkan mereka sekeluarga sedang bercuti sempena Chinese New Year, jadinya keluarga Hayzan iaitu Papa mereka, rancang untuk pulang ke kampung sebelah Husna iaitu Mama mereka.
"Tak penat ke nak mengeluh je dari tadi kak?" Hasya yang sudah penat nak menadah telinga dengar keluhan dari kakaknya bersuara. Sedangkan dia sendiri penat nak masukkan barang-barang yang Mamanya packingkan semalam tetapi hanya berdiam sahaja
Hasya peribadinya memang jarang nak membuka mulut melainkan ada hal-hal penting berbeza dengan kakaknya Hisya yang mulut ada sahaja hendak di celotehkan tak termasuk cakap main lepas tambah lagi perangai yang agak savage sikit
"Elehh dik, macam akak tak tahu yang adik sendiri penat kan?" Hisya menjungkit-jungkitkan keningnya sambil memandang ke arah Hasya yang mengambil seat di sebelahnya
Ketika ini mereka sedang menunggu Mama dengan Papa keluar dari rumah sambil-sambil itu memang sudah jadi kebiasaan Hasya untuk menadah telinga mendengar semua bait-bait perkataan dan keluhan dari mulut Hisya, dia nak bersuara tapi kadang berfikir itu kakaknya risau pulak tersalah cakap nanti berdosa dengan kakak sendiri..
"Hish asal Mama dengan Papa ni lambat sangat, huh!"
see? mengeluh lagi haih la akak
Kelihatan Mama, Papa dengan adik bongsu mereka Hisyam keluar dari rumah dan menuju ke kereta
Hisya dengan muka monyok sambil tangan bersilang di dada cuma memerhati Mama dengan Papanya yang selamba masuk ke kereta
Entah kenapa, cuma lambat masuk ke kereta sahaja sudah menjadi masalah. Huh! perempuan
*****
"Assalammualaikum, Tok Ma!" ceria sahaja muka Hisyam sejak masuk ke perkarangan rumah Tok Ma mereka, dia sememangnya agak rapat dengan Tok Ma memandangkan dia bongsu dalam kalangan sepupu yang baru berumur 4 tahun
Ini kemungkinan yang menyebabkan Hasya terlebih manja kerana lama menjadi seorang bongsu sebelum hadirnya Hisyam
"Waalaikumsalam, cucu Tok Ma!!" Tok Ma lantas berlari anak ke pintu utama untuk menyambut keluarga mereka
"Assalammualaikum mak? Apa khabar?" Tangan Mama dihulur untuk menyalami orang tuanya ini
"Biasalah Husna, dah tuakan beginilah kejadiannya sekejap sihat sekejap sakit" Ujar Tok Ma
"Eh masuk-masuk, apa pulak tercegat dekat pintu tu.." Pelawa Tok Bah dari kejauhan yang kelihatan sibuk
"Ha masuk-masuk, hehe lupa pulak pelawa" Tok Ma membuka pintu seluas-luasnya sambil tangan juga ikut mencapai bag-bag kecil yang di bawa
Hasya dengan Hisya yang dari tadi senyap hanya mengekori Mama mereka dari belakang
"Ha petang nanti Along dengan Angah pulak yang datang"
"Wah meriahnya gaya macam sambut raya padahal cuti CNY aje pun" sampuk Papa dari belakang
*****
Setelah selesai mengemas, Hisya diikuti adiknya Hasya turun ke dapur rumah dan kelihatan Mama mereka sibuk mengerjakan sayuran manakala Tok Ma pula sedang menggoreng pisang sesuai untuk dijadikan santapan petang mereka nanti
"Ha kamu berdua, mai sini bantu Tok Ma" Tok Ma berkata menyambut mereka berdua yang tadinya cuma terkebil-kebil melihat Mama dan Tok Manya
"Hasya bantu Tok Ma tumbuk cili guna lesung batu, Hisya ganti Tok Ma jap.. Tok Ma nak ke rumah Cik Kiah ambik kuih.." Tok Ma berlalu ke sinki untuk membasuh tangannya, setelah itu dijentak tangannya sedikit dan dikesat dengan kain lap yang berdekatan sebelum membuka langkah naik ke tingkat atas
"Baik Tok Ma.." sahut mereka hampir serentak
Setelah itu lebih kurang 10 minit kemudian kedengaran bunyi kereta yang memasuki garaj rumah Tok Ma
Pin! Pin!
"Ha Acik Ngah kamu dah sampailah tu, masak cepat!.." Mama mereka berkata sambil mencuci tangan ke sinki lalu terkocoh-kocoh naik ke tingkat atas
Kedengaran ruang tamu riuh-rendah dengan kehadiran keluarga Acik Ngah ditambah lagi Mama memang lama tidak bersua dengan Acik Ngah ributlah jawabnya
"Adik..pssst, tolong akak kejap"Hisya yang sedari tadi yang menumbuk cili menanggil adiknya
" Hmm..?" Hasya menoleh sekilas ke arah kakaknya lalu sambung dengnlan kerjanya
"Adik.., ganti akak buat sambal pisang goreng boleh?" Kelihatan Hisya seperti sedang menahan sakit seperti nak tercirit??..
"Letak je kat situ nanti adik buat.."
"Yeay! Thank you dik.."
Lalu cepat Hisya mengorak langkah menuju ke destinasinya iaitu tandas!
Lama Hasya bersendirian didapur, pisang goreng yang sudah siap digoreng itu sedang ditoskan minyaknya lalu Hasya sambung pula dengan membuat sambal pisang goreng tersebut
Usai itu, Hasya menyambung pula kerja Mamanya yang tergendala tadi. Sementara tunggu Tok Manya pula Hasya memanaskan air untuk dibancuh jadinya bole disantap bersama pisang goreng
Setelah selesai semuanya Hasya membersihkan pula pinggan mangkuk di sinki itu sebelum kedengaran bunyi kereta kedua pula yang memasuki garaj rumah Tok Manya
Pin! Pin! Pin!
'Oh Acik Long dah sampai' getus hatinya tapi masih lagi dia meneruskan kerja membersihkan pinggan mangkuk itu
Setelah itu, Hasya menambah lagi sedikit kuantiti pisang goreng yang digorengnya tadi memandangkan Mak Longnya sudah tiba, dirisaukan tidak cukup pula nanti..
Sayup-sayup kedengaran namanya dipetik oleh Acik Long, maklumlah suara Acik Long tu taklah kuat mana cukup sekadar Mamanya dengar.. Tapi didapur Hasya dapat mendengarnya dengan cukup jelas. Entah apa lah yang dibualkan sampak namanya juga dipetik
"Ha anak sulung kamu tu mana?" Acik Longnya berkata lalu disambut pulak oleh Mamanya
"Ada tu ha dekat dapur tengah goreng pisang"
Kedengaran derapan kaki menuju ke dapur yang semakin lama semakin kuat
"Hai Acik Lo-- oh maaf ingatkan Acik Long tadi.."
Lelaki itu cuma senyum sikit lalu laju menuju ke belakang rumah entah apa yang di carinya
'Eleh sombong pulak budakni..Eh tapi itu bukannya anak Mak Long yang sulung tu kan Abang Had?!' Jeritnya dalam hati setelah lelaki itu lenyap dari pandangannya. Kepalanya yang tidak gatal itu digaru dan baru dia perasan kepalanya yang tidak menggunakan tudung
'Alamak weh aku tak pakai tudung! Abang dah tengok weh!' jerit hati Hasya lalu berlari masuk ke dalam bilik yang Tok Manya sediakan untuk keluarga mereka, dicapai tudung sarung berwarna pink belacan lalu keluar semua bila teringat pisang gorengnya didapur yang belum siap digoreng lagi
*****
YOU ARE READING
Right Path
RomanceALAF 21 MEMPERSEMBAHKAN "Right Path" Selagi aku merupakan pengusik kalbumu kutahu kau dambakan diriku walaupun aku dipenuhi dengan serba kekurangan dari segi akhlak dan perilaku, aku tahu aku banyak terpesong dan tersingkir jauh dari sisi agama teta...