TELUR

308 6 0
                                    


Aku berada di sekolah. Di luar waktu pelajaran dan sedang melilau di perkarangan sekolah. Entah kenapa aku belum balik lagi sedangkan semua pelajar dah pun pulang. Sedang aku bermain-main, aku terjumpa sebiji telur tergolek keluar dari sebuah lubang di tepi dinding sebuah bilik darjah/kelas. Aku berseorangan ketika itu. Aku pun ambil la telur tu. Lepastu aku jenguk ke dalam lubang tu dan nampak ada banyak telur yang macam telur ayam rupa dia, tapi besar sedikit. Aku selukkan tangan untuk kutip telur-telur itu. Sangkaan aku telur-telur itu tentunya telur ayam.

Sedang aku mengeluarkan telur-telur tu, aku terdengar seperti bunyi ayam betina mengeram di dalamnya. Itu menambahkan lagi keyakinan bahawa telur-telur itu adalah telur ayam tapi pada masa yang sama risau  kot-kot dalam lubang tu ada apa-apa yang lain. Tengah aku syok syok ambil telur tu, aku terpegang sesuatu yang panas seperti badan ayam. Lepastu aku seluk ke belah lain dan terpegang sesuatu juga lalu aku korek keluar dan terkejut beruk aku bila segumpal ular kecil berwarna hijau yang aku pegang. Aku terus menjerit, campak ular-ular tu dan menjauhkan diri dari situ.

Tiba-tiba aku toleh ke belakang dan nampak seekor harimau besar sedang merenungku. Aku dengan terkejut dan takut mengundur ke belakang  perlahan sedangkan harimau itu berada kira-kira beberapa meter saja dari aku. Terdengar suara kawanku memanggil aku dan berkata, "Cepat bagitahu pengetua, Feyda!" 

Aku pun terus berlari laju-laju menuju ke pejabat sekolah sambil diekori kawanku tadi yang datang entah dari mana. Sementara harimau tadi berjalan megah mengekori kami ke pejabat. Cepat-cepat aku tutup pintu. Suasana sekolah sunyi sepi kerana hanya kami berdua pelajar yang tinggal pada ketika itu. Segera aku memberitahu seorang kakak cantik yang bertugas di situ, mungkin kerani. Dia kata pengetua tiada, tapi dia boleh uruskan perkara itu. Dia dan seorang tukang kebun mengambil senapang untuk menembak harimau tersebut melalui pintu belakang pejabat.

Aku dan kawanku menjaga pintu depan dan harimau itu sedang berlegar-legar di depan pintu itu. Aku tak gabra tapi kawan aku tu panik betul..

Kakak dan tukang kebun tadi masih tak dapat menembak harimau tu kerana harimau tu tak duduk diam. Aku memberanikan diri untuk mengacah harimau tu untuk memudahkan kakak dan tukang kebun itu tembak. Tapi entah macam mana tiba-tiba kakak dan tukang kebun tadi hilang entah ke mana mereka pergi.

*Ke manakah mereka hilang...? Next chapter

BUAYAWhere stories live. Discover now