Tiba-tiba muncul satu adegan seperti sebuah drama. Tapi aku sedar itu adalah realiti yang sedang berlaku di luar sana di mana seorang ayah sedang duduk di sisi anaknya yang tercedera sedang terbaring berlumuran darah di sebuah padang seperti taman. Ayah itu menjerit meminta pertolongan untuk anaknya dan datang lah dua orang pemuda menghampiri kedua-dua beranak itu.
"Ada apa pak cik?" Tanya salah seorang darinya.
"Tolonglah anak pak.......?" Percakapan pak cik itu terhenti tiba-tiba dan seakan-akan sedang dipukau oleh dua orang pemuda itu.
Budak yang sedang berlumuran darah itu kemudian dijilat darahnya oleh kedua orang pemuda tadi.
"Makanlah....makan...jangan ragu-ragu. Inilah sedikit jamuan untuk kalian berdua" kata pak cik itu tadi. Darah semakin keluar membuak-buak dari badan budak itu dan dua pemuda tadi semakin galak menyedut darah yang keluar itu.
Aku menjadi ngeri melihat kelakuan yang ditayangkan di skrin televisyen itu. Lelaki kacak tadi kemudian dengan tersenyum berkata,
"Kami telah menunggu selama 4 tahun untuk saat ini. Ahh...! Alangkah gembiranya rasa hati aku, ha! ha! Selama 4 tahun ini, kami berusaha membiak sebanyak mungkin. Dan menghapuskan manusia untuk menguasai dunia. Kami kini berada di mana sahaja. Kamu tidak boleh lari ke mana kerana kamu telah dikepung oleh buaya-buaya pengikutku. Mereka sudah berada di semua tempat... Ha! Ha! Ha!"
Lembut sahaja ketawanya menusuk telingaku...
"Aku sebagai raja mereka sekarang perlu mencari seorang mangsa baharu....huurmmm..." dia memandang kami bertiga. Mula-mula dia merenung kakak tu, kemudian menjeling tukang kebun dan seterusnya matanya beralih kepada aku. Dia tersenyum ke arahku. Aku pula dalam ketakutan. Rasa nak menangis bila dipandang sebegitu. Tubuhku jadi sejuk dan mukaku terasa merah.
*Mangsa apakah yang diinginkan oleh mahkluk tersebut..? Next chapter
YOU ARE READING
BUAYA
Fantasy"Citer pasal dajal ke ni..?" "Banyak tengok the x-files dia ni dulu...?" "Alien turun ke bumi dah ye..?" "Saka buaya kot...?" "Tak habis-habis makhluk dia ni.." Takkk... cerita ini cerita mimpi yang bertahun kemudiannya apabila terbaca semula tulisa...