💣BAB 10

17.3K 699 20
                                    

Bunyi suara burung hantu yang bergema di seluruh hutan menaikkan bulu roma Zarah. Dia kembali memusing ke belakang dan tersedar bahawa dia sudah jauh dari rumah agam Shahfik. Langkah kakinya turut berubah rentak kerana terlalu penat. Zarah cuba mengawal pernafasannya yang semakin tidak terkawal. Dadanya turun naik dengan cepat bagaikan hendak meletup. Akhirnya Zarah rebah di sisi sebatang pokok. Terlalu penat dengan semua ini.

Zarah melihat keadaan dirinya ketika ini. Terlalu banyak luka dan darah yang mengalir terutamanya pada kakinya. Sudah banyak onak duri yang diredai demi melarikan diri. Bajunya yang sedia terkoyak ditarik dengan kuat untuk membalut luka kakinya. Dia takut kehilangan banyak darah. Zarah meringgis sakit apabila kain bajunya diikat dengan ketat untuk menghentikan pendarahan.

" Cari perempuan tu! Aku jamin dia tak dapat lari jauh dari sini." Sayup-sayup kedengaran suara Shahfik yang mengarahkan anak-anak buahnya untuk mencari Zarah.

Zarah kejung di tempat duduk. Dia cuba berdiri sambil berpaut pada sebatang pokok. Akalnya dipaksa sedaya upaya untuk berfikir. Jika dia lari sekarang ini, pasti Shahfik dapat menangkapnya kerana bunyi bising yang terhasil apabila kakinya memijak ranting-ranting kayu.

" Aku kena panjat pokok ni." Zarah cuba berpaut pada pokok yang besar itu. Dia menjerit kecil apabila luka kakinya tergores pada pokok. Darah kembali mengalir membasahi kain yang diikatnya sebentar tadi.

" Ssakitt..." Air mata kesakitan jatuh berjuraian. Zarah tetap juga memanjat pokok itu sehingga sampai ke atas. Dia cuba mencari keselesaan dan duduk di dahan pokok yang tebal. Zarah menutup matanya rapat-rapat kerana dia takut akan ketinggian. Kepalanya turut berdenyut-denyut.

" A..aku kena tahan sekejap...aku boleh."

Shahfik merengus kasar. Sekarang ni dia betul-betul penat apabila baru balik dari misi dan sekarang ini dia perlu mencari Zarah yang melarikan diri daripadanya. Dia akan pastikan untuk memberi Zarah satu pengajaran supaya tidak lagi lari seperti ini.

" Zarah! Kau keluar dari tempat persembunyian sekarang!" Jerit Shahfik lantang. Matanya melingas ke kiri dan kanan untuk mencari kelibat Zarah.

" Aku janji tak akan apa-apa kan kau kalau kau keluar sekarang!" Sambungnya lagi sambil teruskan mencari.

" Jangan sampai aku buat kau lagi teruk dari apa yang kau nampak tadi! Aku tak main-main Zarah! " Suaranya mulai kedengaran dingin. Bibirnya terjongket sinis apabila mendapati kesan darah segar pada daun-daun yang berguguran di tanah. Kaki panjangnya pantas sahaja mengikuti jejak itu.

Sampai di sebatang pokok yang besar Shahfik terus berhenti kerana jejaknya sudah hilang. Dia memerhatikan sekeliling untuk mencari susuk tubuh yang menjadi buruannya sedari tadi. Matanya terpandangkan satu cebisan kain yang dia pasti dari tubuh Zarah. Belum sempat tangannya mengambil cebisan kain itu, satu titik air jatuh di atas kepalanya.

Shahfik menyentuh rambutnya dan menghidu air tersebut. Hanyir. Kepalanya terus sahaja mendonggak ke atas. Senyuman penuh maksud tersirat terlakar di bibirnya. Pistol yang disimpan di belakang seluar diambil. Shahfik menghalakan pistol itu tepat diatas pokok. Lama dia mencari sasaran sebelum...

BANG!

" Arggg! Ibuu!" Jerit Zarah lantang sebelum tubuhnya jatuh menyembah bumi. Menggigil tubuh Zarah melihat kelibat Shahfik yang semakin merapat dengan dirinya bersama bibir yang mengherot sinis.

" Surprise! I caught you." Kini, Shahfik mencangkung untuk menyamai ketinggian dengan Zarah yang sudah terduduk di atas tanah.

Zarah berundur ke belakang sehingga badannya tersandar kemas pada dahan pokok yang jatuh tadi bersamanya apabila ditembak.

The  Dark  side ✔ [Editing]Where stories live. Discover now