Riuh rendah suara penduduk Kampung Semayan apabila melihat kanak kanak mati tanpa biji mata dan jantung di hadapan mereka. Kejadian yang berlaku sungguh sadis. Mana tidaknya, sudahlah tiada berbiji mata, tiada jantung, kepalanya pula berada jauh daripada badannya!
"Eh ngeri jugak ye cara si Mizan ni mati?"
"Hish bukan mati, meninggal la.."
"Argh, sama je, tulah aku dah pernah cakap dulu, mulut jangan biadab sangat, suka sangat ejek Kak Nelydia tu, ha kan dah kena?"
"Hmm, betul jugak tu, Mizan ni suka sangat sakat Kak Nelydia tu, aku rasa memang Kak Nelydia la yang bunuh Mizan, Kak Nelydia tu kan psiko."
*****
Anggota polis sampai.Kedengaran bunyi lalat mula mula menghurung badan si mangsa. Bau juga sudah mula naik. Ada anggota polis yang tidak dapat menahan bau yang menusuk ke dalam hidung mereka, jadi mereka terus menutup hidung. Ada juga yang terus muntah. Mana tidaknya, pertama kali perkara ini berlaku di Kampung Semayan ini.
Selalunya, hanya kes pecah rumah, orang tua nyanyuk hilang, dan kes lari rumah sahaja. Ini, kes bunuh! Pening juga kepala mereka untuk menyelesaikan kes bunuh ini untuk pertama kalinya.
Inspektor Hafiz, salah seorang anggota polis yang baru sahaja dipindahkan dari Balai Polis Amarahan ke Balai Polis Kampung Semayan adalah orang yang bertanggungjawab menyelesaikan masalah ini. Dia hanya diam apabila melihat anggota polis yang mengiringinya muntah dan menutup hidung. Baginya, ini perkara biasa. Lambat laun, mereka juga akan berbau seperti ini ketika mati. Siapa tahu kan?
"Hmm, apa yang terjadi sebenarnya, kenapa sasarannya adalah budak berumur 16 tahun ni?" Tanya Inspektor Hafiz perlahan.
YOU ARE READING
VANDAL
Mystery / ThrillerVANDAL mengisahkan tentang seorang wanita bernama Nelydia yang melakukan VANDALisme. Tetapi bukan pada harta benda awam, tetapi pada manusia! Setiap hari, akan ada mangsa yang dibunuh oleh Nelydia . Inspektor Hafiz cuba menyiasat dan terjumpa ukiran...