I. 1- Oh My!

4 0 0
                                    

"Oh My! (Singkatan Inggeris untuk Tuhanku)"

      Bang Korust, atau nama penuhnya Korustrollo, mengeluh kerana baru sahaja balik dari pelancongan ke Mersing, tetapi sewaktu balik, tidak menyediakan air harian secukupnya, sewaktu perjalanan balik ke Padang Teladan, untuk makluman Tuan-tuan, Puan-puan, anak-anak, bahkan lagi cucu-cicit yang akan datang, kedatangan haiwan jinak seperti kucing tetaplah menyebabkan rumah tangga sekeluarga itu kusut masai, seakan-akan dilewati aksi hero. Haiwan yang sememangnya lebih jinak seperti arnab pula, dicuri makan. Nasib baik aksi –aksi haiwan tersebut tidak melewati tingkat atas, tetapi mereka belum sedar bahawa ada juga barangan elektrik seperti mesin roti yang juga hilang.

      Apatah yang larat Bang Korust yang akan di Tingkatan 5 itu buat, melainkan keluhan dan tangisan sepi untuk arnab (hadiah hari jadinya), yang sudah tidak lagi berkisah namanya. Bapanya, Pak Ita, atau nama penuhnya Itarasa, sudah terlatih hati yang tabah.

"Oh haiwan-haiwan dan monyet-monyet sedunia, sedarlah! (Dan sudah memulakan kerja mencuci)"

      Aksi sekeluarga itu, kini bertukar menjadi ketangkasan mencuci dan menyeranai apa yang perlu dibeli, selain mengemas dan beraksi-aksi dapur.

      Skop beralih ke Mersing tiga hari dahulu. Bang Korust, kakaknya Kak Farah dan Pesto adik lelakinya, bersama Mak Bagatis dan Pak Ita menziarahi tempat yang keindahannya melebihi, atau sekurang-kurangnya bertaraf, Hollywood atau Hengdian.

     Menerangkan sekali lagi hati perut sekalian dengan fokus baharu, Bang Korust melihat bukit yang melenakan hati, bersyoping lalu bercakap tengkiu kepada personel kedai membeli-belah, minum teh dengan hati yang penuh berterima kasih, lalu mengejomkan keluarganya untuk memenuhi hati ingin bersidai di pantai.

      Betulnya, pelawaannya juga berada dalam pelan Pak Ita.

      Ayunan dahan-dahan pokok ru, seirama dengan lambaian pokok pisang yang paling ketara di bahagian daunnya, meningkatkan haiz, atau cuaca yang begitu panas, dalam ketenangan hati sekeluarga. Mak Bagatis berfikir, asalkan gerai-gerai tersedia dengan pelbagai makanan, dari snek ke minuman, hidup zaman dinamis ini sangatlah berperikemanusiaan, seketika ke seketika; selepas ketenangan sebegitu, wujud juga fikiran berfoto dan berselfie.

       Pesto yang juga remaja bertaraf T-shirt dan jeans, merasai pasir pantai itu yang sedikit kasar, tetapi selepas ditepuk ombak, bersama air, terasa lembut dan halus.

      Untuk masakan Pantai Timur yang lebih diharapkan, famili itu berjalan dari pantai, balik ke rumah rehat yang hanya berminit perjalanannya.

       Rumah rehat yang bercorak homestay itu, telah berbicara dengan famili Pak Ita, dan Mak Bagatis diterima dengan hati terbuka oleh keluarga Abbree yang menjadi hosnya itu, untuk sama-sama belajar memasak, yang tetap juga begitu melegakan stres semasa pelancongan ini.

        Yang turut serta adalah keluarga Choi dari Korea Selatan, keluarga Adams dari Australia dan keluarga Granjit, sesuatu keluarga Sikh dari Perak. Semuanya teruja apabila dihidangkan makanan seakan-akan makanan berpingat. Mereka telah mencuba makanan Pantai Timur seperti nasi kerabu, telur asin, ikan tongkol masak lemak, pau rendang, dan puteri berendam, sejenis sup manis yang merupakan inovasi baharu masyarakat Johor di Mersing.

        Mereka bersinggah ke suatu pasar tani di Mersing, sebelum beralih. Pasar tani itu termekar dengan pelbagai ulam dan sayur-sayuran, jika buah-buahan terlupa, oh tidak, turut dalam senarai. Ikan agak bergantung kepada musim, tetapi jikalau beraneka daging, biasanya bergantung kepada perayaan dan pembekal. Keluarga Granjit turut mengundang keluarga Choi, manakala selepas hos homestag tersebut mempelawa keluarga Adams, mereka pun datang bersama.

Kabus Bunga MerpatiWhere stories live. Discover now