"Abang Had, tangan Acha cakit.." Rengek si kecil bernama Hasya yang berumur 3 tahun sambil tangannya yang luka itu di tunjukkan kepada Hadry abang sepupu kesayangannya berumur 10 tahun . Ketika ini mereka berdua sedang duduk di pangkin rumah
"Kenapa boleh jadi macam ni?" Sambil itu dia membelek-belek tangan gadis kecil itu, haihlah adik apasal manja sangat ni..
"Tadi Acha jatuh cebab kena keja ayam Tok Bah.." Kata Hasya lancar dengan pelat budak-budaknya itu sambil mulutnya tersebik-sebik gaya hendak menangis semula, terketar-ketar mulut merah jambunya yang kecik itu menahan tangis yang hendak pecah. Comel!
"Alolo cian dia, fuh.. fuh.. Cepat sembuh ya tangan adik abang. Kesian adik abang sakit" Hadry meniup-niup tangan Hasya kononnya sebagai ubat sambil itu dia berkata-kata dengan tangan Hasya. Nampak macam gila kan? Tapi ikutkan sahajalah karenah budak kecik comel ni
Hasya berumur 3 tahun tapi sudah pelat berkata-kata Mamanya sendiri terkejut sewaktu dia sudah mula berkata-kata, sedangkan kakaknya sewaktu umur 3 tahun seperti dia payah untuk mengeluarkan 6 perkataan dalam satu masa.. Kelihatan Hasya masih tersebik-sebik bagai ada yang dia hendak katakan tapi tak terluah. Mata bundarnya itu akhirnya mengeluarkan cecair jernih tapi masih cuba Hasya tahankan
"Kenapa ni adik abang? Nak apa ni sayang?.." Hadry cuba berlembut sehabis baik bimbang tersilap kata pecahlah empangan Hasya itu.
"Nak p-p-peluk isk..Isk.." Akhirnya terlepas juga esakan Hasya yang dia tahan dari tadi itu. Kelakuan Hasya yang manja itu membuat orang sekelilingnya gerigitan nak di gigit pipi comelnya itu.
Hadry tersenyum simpul. Rupanya nak peluk sampai nak nangis bagai ingatkan ada apalah tadi
"Alolo mari sini adik abang yang comel ni.. Nak peluk rupanya. Kenapa nak nangis bagai sedih betul abang tengok.." Dicium sekilas mata Hasya sebelum diseka air mata yang mengalir itu dipipi tembam adik kesayangannya. Habis merah hidung dengan dahinya sebab menangis..
"Sayang adik abang ni, jgn risau bang dekat sinilah adik tak lari mana pun.. Dah dah jangan nangis nanti kawan-kawan tengok malu lah.." Hadry memeluk Hasya di ribanya sambil menepuk-nepuk belakang Hasya tujuan untuk menenangkannya
"Erm, isk.. baik.. isk.. Abang" Masih bersisa sedu-sedannya itu tapi dia boleh menunjukkan senyuman manisnya kepada Hadry sebelum melentokkan kepala di bahu Hadry
"Haa kan dah comel adik abang ni.." Percaya atau tidak ketika ini Hadry cuma berumur 10 tahun tapi umurnya tidak kena dengan kelakuannya dan perangainya yg agak matang. Ini kerana dia merupakan anak sulung Mak Long tambah lagi dia merupakan cucu sulung dalam keluarga itu
*****
"Abang!" Laju kakinya terkedek-kedek membuka langkah seribu untuk mendapatkan abangnya yang baru sahaja turun dari kereta
"Hasya jangan lari nanti jatuh!" Jerit Mamanya dari dalam rumah tanpa sempat menangkap Hasya yang belum lengkap memakai baju cuma pampers sahaja yang sempat di sarung
"Ya Allah! adik abang apasal tak pakai baju ni.." Di dukung Hasya yang dari tadi menggapai tangan minta di dukung
"Hehehe" Hasya cuma tersengih
*****
"Abang, Hasya nak tidur dengan abang boleh?" Ketika ini Hasya baru berumur 6 tahun, adalah tu yang hendak diceritakan dengan abangnya. Memandangkan dia baru menginjak ke alam persekolahan. Agak terlewat untuk dia masuk ke sekolah kerana kebiasaannya budak-budak di sini umur 4 atau 5 tahun sudah masuk sekolah. Tapi tidak jika budak itu Hasya, susah untuk dia berdikari tambah lagi untuk berpisah dengan Mamanya. Mahu Mamanya sentiasa di samping ketika guru sedang mengajar, begitulah ketika hari pertama Hasya bersekolah di tadika yang di daftarkan oleh Papanya
Tapi Papa dan Mamanya tidak hirau akan hal Hasya lambat bersekolah kerana di rumah kakaknya Hisya rajin meng'sekolah'kan dia. Jadi dengan itu Hasya sudah kenal huruf-huruf dan mampu mengeja sendirinya
"Dah tanya Mama?.." Hadry mendapatkan Hasya di muka pintu ketika itu sambil di tangan Hasya ada patung berbentuk udang dan berupa udang. Taulah Hadry itu 'bantal busuk' Hasya
"Dah tadi.." Dikuis - kuis hujung bajunya risau Hadry tidak bagi tidur dengan dia.
"Okay mari masuk adik abang.."
"Yeay!" Bestnya tidur dengan abang Had dah lah handsome..
Jadi malam itu sebelum tidur memang semua tiada satu pun tinggal di ceritkan dengan Hadry. Kalau dia terlupa..
"Eh abang! Ada lagi satu haritukan Hasya tengah tunggu Mama ambil lepastu..." Begitulah dia sedangkan Hadry fikirkan cerita Hasya sudah habis tapi di layankan sahaja kang memuncung pulak mulut comel itu
*****
Hasya gediklah time kecik ni tapi jujur comel HSHSHS
YOU ARE READING
Right Path
RomanceALAF 21 MEMPERSEMBAHKAN "Right Path" Selagi aku merupakan pengusik kalbumu kutahu kau dambakan diriku walaupun aku dipenuhi dengan serba kekurangan dari segi akhlak dan perilaku, aku tahu aku banyak terpesong dan tersingkir jauh dari sisi agama teta...